KUALA LANGAT: Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor@ Saleh berkata, makluman berkaitan kejadian diterima berdasarkan aduan orang awam kira-kira jam 2.28 petang.
"Polis terima makluman berkaitan terdapat perarakan di lokasi kejadian selain tindakan membakar mercun di tengah persimpangan lampu isyarat berkenaan.
"Polis kemudiannya membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 bagi siasatan lanjut," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, susulan siasatan yang dijalankan, polis menahan seorang individu dipercayai terlibat dalam kejadian itu.
"Suspek berumur 28 tahun dan bekerja sebagai pembantu bengkel ditahan sekitar jam 3.30 petang di sekitar kawasan Banting, Kuala Langat.
"Semakan mendapati suspek memiliki tujuh rekod lampau berkait jenayah dan dadah selain ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah," katanya.
Menurutnya, suspek kemudiannya dikenakan tindakan saman berkait kesalahan lalu lintas.
"Selain itu, polis turut membuka dua kertas siasatan atas kesalahan narkotik di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesalahan trafik di bawah Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Polis juga giat mengesan dua lagi individu dipercayai turut terlibat dalam kejadian ini," katanya.
Pada Khamis, tular video di media sosial memaparkan beberapa individu bertindak membakar mercun di sebuah persimpangan lampu isyarat di kawasan Banting.
Kejadian yang dipercayai direkod sebelum dimuat naik menerusi media sosial itu menerima kecaman orang ramai yang rata-ratanya mahu tindakan tegas diambil pihak berkuasa. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 28 2024

Tular video memaparkan beberapa individu bertindak membakar mercun di persimpangan lampu isyarat dekat pekan Banting pada Khamis.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.