KUCHING: Edisi ke-21 temasya Sukan Malaysia (SUKMA XXI) menjadi pentas terbaik bagi tuan rumah Sarawak untuk menamatkan penantian muncul juara keseluruhan acara tinju, kata Presiden Persatuan Tinju Sarawak (SABA) Datuk Rahman Lariwoo.
Beliau berkata berdasarkan rekod, Sarawak tidak pernah muncul juara acara tinju sejak temasya dwitahunan kebangsaan itu diperkenalkan pada 1986.
"Harapan tahun ini, kita selaku tuan rumah (kelebihan), kita mahu pecahkan rekod untuk muncul juara keseluruhan acara tinju," katanya kepada pemberita di pusat latihan tinju SUKMA XXI di Stadium Sarawak, pada Sabtu.
Pada temasya kali ini, Sarawak menaruh harapan kepada 16 petinju muda iaitu terdiri daripada 12 lelaki dan empat wanita yang telah menjalani latihan intensif sejak tahun lepas bagi menghadapi saingan di temasya yang berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos.
"Untuk muncul juara keseluruhan, sekurang-kurang enam pingat emas (perlu dimenangi) dan saya percaya dan yakin yang kita mampu mencapainya," katanya.
Rahman yang juga naib presiden Persekutuan Tinju Malaysia berkata selain menjalani latihan pusat yang bermula awal tahun ini, para petinju akan mengambil bahagian dalam kejohanan Terbuka Srawak pada 6 hingga 10 Mei ini.
"Selepas Terbuka Sarawak, saya akan bawa mereka ke Sekolah Sukan Trang di Thailand, kemudian ke Tanjung Pinang di Indonesia iaitu tempat petinju terbaik dari Kalimantan berkumpul dan akhir sekali ke Baguio City di Filipina sebelum temasya SUKMA XXI bermula," katanya.
Beliau berkata skuad tinju Sarawak akan menyertai kejohanan Terbuka Perak di Ipoh pada Jun.
Pada edisi SUKMA Kuala Lumpur 2022, Sarawak meraih dua pingat emas, dua perak dan satu gangsa dalam acara tinju.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024

SUKMA XXI menjadi pentas terbaik bagi tuan rumah Sarawak untuk menamatkan penantian muncul juara keseluruhan acara tinju. - Gambar hiasan/BERNAMA

DBKL serbu hotel haram warga asing, tiga diarah tutup serta-merta
DBKL menggempur beberapa premis hotel dikendalikan warga asing dalam operasi khas KL Strike Force, di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tular video aksi kejar mengejar antara polis dan suspek curi kabel di Sentul
PDRM sahkan terima laporan suspek kes curi kabel melarikan diri selepas dikejar polis dari Taman Rainbow Sentul hingga ke Jalan Kuching.

Harga emas melonjak: Adakah harganya mencecah US$5,000 menjelang akhir tahun?
Pada 30 Okt 2024, harga emas melonjak kepada paras tertinggi sebanyak US$2,787.61 setiap auns troy sebelum ditutup pada US$2,693.23 setiap auns troy pada Januari 2025 (US$1=RM4.42).

Pengsan akibat keletihan, Ifa Raziah kini stabil bawah pemantauan doktor
Kejadian dipercayai berpunca daripada keletihan melampau sehingga menyebabkan tekanan darahnya meningkat.

NIOSH sokong hasrat PM perkukuh industri penerbangan
Sehubungan itu, NIOSH bersedia membantu syarikat-syarikat penerbangan untuk mematuhi piawaian kelestarian antarabangsa.

Apple dijangka guna cip 2nm pada iPhone 18 tahun depan
Masih tidak diketahui sama ada semua model akan menggunakan cip A20 berasaskan binaan 2nm, atau hanya model Pro sahaja.

Namibia cipta sejarah, Naib Presiden wanita pertama dilantik
Namibia lakar sejarah lantik Lucia Witbooi dan menjadi satu-satunya negara di Afrika yang mempunyai Presiden dan Naib Presiden wanita.

3 maut, 14 cedera insiden tembakan di taman awam AS
Mangsa yang terkorban termasuk dua lelaki berusia 19 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun.

Google terpadam data Google Maps Timeline untuk sejumlah pengguna
Pengguna boleh mengembalikan data yang hilang jika mereka pernah aktifkan sokongan salinan pendua.

Lubnan hubungi negara Arab dan lain-lain, desak tekanan terhadap Israel
Tindakan itu "merupakan sebahagian daripada usaha diplomatik untuk membendung peningkatan ketegangan di selatan Lubnan.

SUKMA XXI: Pusat Konvensyen Serian siap sedia jadi venue gimnastik artistik
Kemudahan di Pusat Konvensyen Serian yang terletak kira-kira 60km dari sini sudah siap ditambah baik susulan pemilihannya sebagai lokasi untuk penganjuran acara gimnastik artistik bagi Sukan Malaysia

SUKMA XXI: Sarawak sasar juara keseluruhan acara tinju
Berdasarkan rekod, Sarawak tidak pernah muncul juara acara tinju sejak temasya dwitahunan kebangsaan itu diperkenalkan pada 1986.