MINNESOTA: Sebuah lebuh raya di negeri asal bintang pop terkenal, Prince akan dinamakan sempena beliau, susulan keputusan badan undang-undang Minnesota pada hari Khamis lalu.
Senat memberikan undiannya sebanyak 55-5 untuk menggantikan nama lebuh raya yang melintasi muzium dan studio Prince, Paisley Park.
Antara mereka yang menyaksikan pengundian tersebut adalah kakak sulung Prince, Sharon Nelson.
Rang undang-undang ini telah diluluskan secara bulat suara oleh Dewan Rakyat pada bulan lalu sempena ulang tahun ke-7 kematian Prince dan kini akan dihantar kepada Gabenor Tim Walz untuk menandatangani.
Tanda-tanda berwarna ungu akan dipasang sepanjang 11 kilometer lebuh raya negeri, State Highway 5 di pinggiran bandar Minneapolis Chanhassen dan Eden Prairie - yang dinamakan Prince Rogers Nelson Memorial Highway.
Kos pembinaan tanda-tanda tersebut akan ditanggung oleh rakan dan peminat Prince, kata penaja utama, Senator Republikan Julia Coleman dari Waconia.
"Prince merupakan seorang pemuzik genius, seorang seniman bervisi yang mendorong batas-batas muzik dan budaya dengan cara yang tidak akan dilupakan," kata Coleman kepada para senator lain.
"Pengaruhnya dapat didengar dalam karya-karya banyak pemuzik yang datang selepasnya, dan warisannya masih memberi inspirasi kepada generasi baharu artis hingga hari ini," katanya.
Paisley Park, merupakan tempat tinggal dan studio rakaman Prince, kini menarik pengunjung dari seluruh dunia.
Prince meninggal dunia di Paisley Park pada 21 April 2016 akibat terlebih dos fentanyl secara tidak sengaja pada usia 57 tahun.
Kompleks seluas 65,000 kaki persegi di Chanhassen kini menjadi sebuah muzium yang dikendalikan oleh warisannya serta tempat acara dan studio rakaman.
Astro Awani
Thu May 04 2023
Kakak sulung Prince, Sharon Nelson, berucap ketika pengumuman untuk menamakan sebuah lebuh raya di Minnesota sebagai Prince Rogers Nelson Memorial Highway. - Foto AP
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Lebuh raya Minnesota dinamakan sempena Prince
Tanda-tanda berwarna ungu akan dipasang sepanjang 11 kilometer lebuh raya negeri, State Highway 5 di pinggiran bandar Minneapolis Chanhassen.
Tiada jelmaan Prince di Super Bowl, anggap tindakan 'hidupkan' artis yang dah mati perbuatan syaitan
Timberlake berhasrat berduet bersama Prince yangdihidupkan kembali menerusi hologram pada acara selingan separuh masa Super Bowl
Justin Bieber dikecam akibat kenyataan tidak sensitif berkenaan Prince
Penyanyi antarabangsa, Justin Bieber menimbulkan kemarahan ribuan peminat Prince berikutan komen tidak sensitif yang ditinggalkan di laman Instagram berkenaan mendiang Prince.
Prince disemadikan dalam upacara tertutup
Mayat ikon popular, Prince, yang meninggal dunia Jumaat lepas, disemadi dengan dibakar dalam satu upacara tertutup.
Kematian Prince bukan kerana bunuh diri - Polis
Polis menolak kemungkinan ikon pop, Prince membunuh diri, kerana tiada kesan trauma berdasarkan bedah siasat yang dijalankan.
Legenda muzik Prince meninggal dunia
Prince ditemui meninggal dunia di kediamannya di Minnesota, pada usia 57 tahun.
La Toya Jackson urus bakat anak Michael
Kakak kepada Michael Jackson itu kini menguruskan kerjaya Prince, Paris dan Blanket.
Anak Michael Jackson kini bergelar wartawan
Prince yang berusia 16 tahun turut bercita-cita untuk menjadi penulis skrip, pelakon, penerbit dan pengarah.