JUSTIN Timberlake terpaksa melupakan hasrat untuk berduet bersama penyanyi pujaannya Prince pada acara Super Bowl Ahad ini.
Ia selepas impiannya itu mendapat bantahan daripada rakan karib penghibur legenda itu Shiela E.
Portal hiburan terkenal TMZ sebelum ini melaporkan Timberlake akan berduet bersama Prince yang ‘dihidupkan’ kembali menerusi hologram pada acara selingan separuh masa kejohanan Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL) itu.
Hasrat bekas penyanyi NSYNC itu bagaimanapun mendapat reaksi negatif daripada Shiela E menerusi posting di twitternya.
Shiela E kemudian mengesahkan Timberlake ada menghubunginya selepas itu bagi mendapatkan pengesahan lanjut.
Dalam temubual bersama agensi berita The Associated Press, Shiela E mendedahkan Prince pernah berkata sekiranya dia sudah tiada, dia tidak mahu dijelmakan dalam bentuk hologram atas faktor agama.
Malah penyanyi yang popular menerusi lagu purple Rain itu pernah memberitahu majalah Guitar World pada 1998, dia tidak akan sekali-kali berduet dengan penyanyi dari masa lampau kerana menganggap ia sebagai perbuatan syaitan.
Prince, pemenang lapan Anugerah Grammy, meninggal dunia pada 21 April 2016 ketika berusia 57 tahun akibat pengambilan ubat secara berlebihan.
Antara artis yang pernah dijelmakan kembali dalam bentuk hologram untuk persembahan khas sebelum ini adalah Tupac Shakur dan Roy Orbison.
Astro Awani
Mon Feb 05 2018

Prince, pemenang lapan Anugerah Grammy, meninggal dunia pada 21 April 2016 ketika berusia 57 tahun akibat pengambilan ubat secara berlebihan. - Gambar AP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Memandu dalam keadaan mabuk: Justin Timberlake mengaku salah
Mega bintang pop Justin Timberlake mengaku bersalah atas tuduhan yang dikurangkan menjadi memandu dalam keadaan mabuk dan bersetuju untuk membayar denda semasa prosiding mahkamah di New York pada Juma

Polis silap, Justin Timberlake tak mabuk sewaktu memandu - Peguam
Peguam Timberlake mendakwa polis telah tersilap kerana menahan anak guamnya yang kemudian dituduh mabuk sewaktu memandu.

Mabuk ketika memandu: Justin Timberlake dihadap ke mahkamah Julai depan
Penyanyi Justin Timberlake ditahan di New York selepas didakwa memandu dalam keadaan mabuk di New York, Amerika Syarikat.

Penampilan terkini jadi perhatian, reunion *NSYNC di VMA memang 'legend'
Kemunculan kesemua anggota *NSYNC iaitu Justin, JC, Joey, Lance dan Chris di VMA 2023 adalah yang pertama kali selepas 10 tahun.

Justin Timberlake, Jessica Biel timang anak kedua dalam 'kelahiran rahsia'
Menurut laporan media antarabangsa, Biel, 38, melahirkan bayi seorang bayi lelaki, awal minggu ini.

Justin Timberlake, Missy Elliot dianugerah Ijazah Doktor Kehormat
Mereka diiktiraf atas pencapaian dan pengaruh mereka dalam muzik, serta impak global yang diberikan.

Tiada jelmaan Prince di Super Bowl, anggap tindakan 'hidupkan' artis yang dah mati perbuatan syaitan
Timberlake berhasrat berduet bersama Prince yangdihidupkan kembali menerusi hologram pada acara selingan separuh masa Super Bowl

Album baharu Justin Timberlake disambut dengan reaksi bercampur
Justin Timberlake mengumumkan akan mengeluarkan album yang paling peribadi buatnya, 'Man of the Woods' pada 2 Februari nanti.

Selfie dalam bilik mengundi, Justin Timberlake hampir dipenjara
Penyanyi Justin Timberlake nyaris berhadapan hukuman penjara gara-gara melakukan selfie di dalam bilik pengundian.

Justin Timberlake sambut kelahiran anak sulung
Penyanyi terkenal Justin Timberlake, hari ini menyambut kelahiran putera sulongnya, bersama isterinya Jessica Biel.