Ketiga-tiga anak Michael Jackson kini merupakan artis di bawah agensi bakat milik La Toya Jackson.

Kakak kepada Michael itu kini menguruskan kerjaya Prince, Paris dan Blanket.

La Toya, 56, telah membuka peluang Prince untuk menjadi wartawan "Entertainment Tonight".

Dia juga bertanggungjawab mendapatkan watak undangan untuk anak saudaranya itu dalam siri "90210".

Selain itu La Toya juga sedang berusaha untuk menghasilkan program realiti buat mereka bertiga.

Penyanyi tersebut dikatakan menerima tawaran USD10 juta daripada Oprah Winfrey Network (OWN) untuk program realiti berkenaan.

Namun, keluarga Jackson tidak gembira dengan tindakan La Toya kerana syarikatnya, Ja Tail Enterprises mengambil 15 peratus komisyen daripada setiap perjanjian.

Dia dilihat seperti mengeksploitasikan mereka bertiga serta penjaga mereka iaitu ibu Michael, Katherine Jackson.