Polis menolak kemungkinan ikon pop, Prince membunuh diri, kerana tiada kesan trauma berdasarkan bedah siasat yang dijalankan.

Sherif Jim Olson berkata, Prince atau nama sebenarnya Prince Rogers Nelson tidak membunuh diri memandangkan penyanyi itu seorang diri semasa akhir hayatnya.

"Tiada tanda-tanda trauma pada mayatnya sama sekali. Hasil keputusan bedah siasat mungkin mengambil masa beberapa minggu, itu adalah bukan luar biasa," katanya.


Olsen berkata demikian selepas bedah siasat selesai dijalankan.

Peminat menyerbu ke kediaman Prince di Studio Paisley Park di pinggir Minneapolis untuk melihat bagaimana pihak berkuasa menjalankan siasatan bedah siasat bagi menyelesaikan misteri kematian mengejut lagenda muzik terkenal itu.

Tetapi pegawai perubatan memberitahu ia mungkin memakan masa beberapa minggu bagi membuat kesimpulan penyumbang kematian Prince.

Prince ditemui meninggal dunia di rumahnya Jumaat lepas pada usia 57 tahun, seminggu selepas dirawat di hospital kerana mengalami simpton selesema.

FOTO: Ikon muzik, Prince dalam ingatan

Zaman kegemilangan Prince pada dekad 80-an menyaksikan kejayaannya mengadun irama rock dan R&B sebagai rentak tari funk.

Album Purple Rain terbitan 1984 sering dilabelkan peminat muzik sebagai antara album terhebat sepanjang zaman.