JAKARTA: Kadar perceraian dalam di wilayah Papua Selatan telah meningkat secara mendadak tahun ini, didorong terutamanya oleh tekanan ekonomi yang bertambah buruk dengan penglibatan dalam aktiviti perjudian dalam talian, menurut Mahkamah Agama Merauke.
Menurut jurucakap mahkamah itu, Muhammad Sobirin berkata terdapat 41 kes perceraian dan 152 permohonan cerai setakat ini, menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
"Masalah kewangan adalah faktor utama, mendorong ramai isteri untuk memulakan prosiding perceraian kerana suami mereka tidak dapat menyara keluarga dengan mencukupi," katanya seperti yang dipetik oleh portal berita Papua Selatan Pos.
Beliau juga menyatakan bahawa isteri sering mengaitkan keputusan mereka dengan pengabaian tanggungjawab kewangan suami yang berkaitan dengan perjudian dalam talian semasa mengemukakan kes mereka di mahkamah.
Pasangan yang bercerai, biasanya berusia antara 23 hingga 50 tahun lazimnya sudah mempunyai anak, kata Muhammad Sobirin.
Kerajaan Indonesia sedang memperhebat usaha untuk menangani isu perjudian dalam talian yang semakin meningkat, melibatkan lebih 2.7 juta peserta di seluruh negara dan menjana perolehan sebanyak 327 trilion rupiah (kira-kira US$20 bilion) pada tahun 2023.
Sejak 17 Julai lepas, Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat telah menyekat 2.94 juta laman perjudian dalam talian.
Menteri Penyelaras Bidang Politik, Undang-undang dan Keamanan Hadi Tjahjanto telah ditugaskan untuk mengetuai satu pasukan petugas untuk membanteras masalah ini.
Kejadian baru-baru ini telah menonjolkan kesan meluas perjudian dalam talian, yang bukan sahaja menjejaskan individu berpendapatan rendah tetapi juga melibatkan anggota penguat kuasa undang-undang, termasuk polis dan tentera.
Pada 27 April, seorang pegawai tentera laut Indonesia berusia 31 tahun telah meninggal dunia akibat tembakan diri sendiri di sebuah pos komando taktikal di wilayah Pergunungan Papua.
Kematian beliau disyaki berkaitan dengan hutang yang besar berjumlah 819 juta rupiah (kira-kira US$57,400), yang diperoleh daripada perjudian dalam talian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024

Muhammad Sobirin berkata terdapat 41 kes perceraian dan 152 permohonan cerai setakat ini, menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding tempoh yang sama tahun lepas. - Gambar Merauke Religious Court

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Zahnita Wilson muat naik wajah lebam, suami sudah ditahan polis
Zahnita Wilson membuat kejutan apabila memuat dua gambar di Instagramnya dengan wajahnya yang lebam dipercayai menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Masih suami Isteri: "Ini bukan momen gembira untuk sesiapa" - Diana Danielle
Peguam mewakili Diana Danielle memaklumkan mahkamah mengesahkan status aktres itu dan aktor Farid Kamil masih suami isteri.

'Saya masih menyayangi Faz' - Fattah Amin nafi dakwaan curang
Pelakon Fattah Amin menegaskan tiada wanita lain dalam hidupnya seperti diperkatakan dan dihebohkan dalam media sosial sehingga kini.

Peguam sahkan Syamsul Yusof fail penceraian terhadap Ira Kazar
Perkara itu disahkan sendiri oleh Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili pengarah filem berusia 39 tahun itu.

Harith Iskander, Dr Jezamine sah bercerai talak satu
Beberapa terma sudah dipersetujui oleh Harith Iskander dan Dr Jezamine termasuk berkaitan nafkah tiga anak mereka, manakala proses hak penjagaan anak (hadanah) pula akan diuruskan pada minggu depan.

Krisis rumah tangga: Harith Iskander, Jezamine akan keluarkan kenyataan bersama dalam masa terdekat
Harith Iskander dan Dr Jezamine Lim akan mengeluarkan kenyataan bersama dalam masa terdekat berhubung permohonan cerai mereka.

Isteri Harith Iskander fail permohonan cerai selepas 14 tahun bersama
Dr Jezamine bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai punca tindakannya itu.

Kadar perceraian meningkat di Papua Selatan didorong perjudian dalam talian dan masalah ekonomi
Kadar perceraian dalam di wilayah Papua Selatan telah meningkat secara mendadak tahun ini, didorong terutamanya oleh tekanan ekonomi yang bertambah buruk.

“Saya tak tuntut apa-apa dari Aliff, harta paling berharga adalah anak-anak” - Bella Astillah
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya, Aliff Aziz selepas mereka sah bercerai pada Khamis.

Aliff Aziz hadir ke mahkamah berkaca mata hitam, ditemani pengawal peribadi
Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, dilihat tenang semasa tiba di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan sekitar pukul 12.25 tengah hari ini.