KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya Faghirah Fatini Kazaruddin atau Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, pada Isnin.

Memetik laporan Sinar Harian, perkara itu disahkan sendiri oleh Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili pengarah filem berusia 39 tahun itu.

Bagaimanapun, peguam itu berkata, mahkamah belum lagi menetapkan tarikh sebutan kes untuk permohonan berkenaan.

Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof berkahwin dengan Ira selepas berpisah dengan Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, pada 14 Jun 2023.

Syamsul dan Puteri Sarah mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Pada 6 Januari 2014, Syamsul mengakui sudah menikahi Ira di Thailand.