KUALA LUMPUR: Isteri kepada pelawak terkenal, Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim mengesahkan yang dia telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, Jun lalu.
"Betul, saya telah memfailkan cerai. Saya tidak ingat tarikh sebenar permohonan dibuat tetapi lebih kurang sebulan lalu," kata Dr Jezamine.
Dia bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai punca tindakannya itu.
"No comment for now. After our court hearing baru comment (Tiada komen buat masa ini. Mungkin selepas perbicaraan saya akan ceritakan)," katanya ringkas kepada Astro AWANI pada Selasa.
Difahamkan kes perceraian Dr Jezamine dan Harith Iskander bakal disebut di mahkamah, bulan ini.
Dr Jezamine sebelum ini juga dilapor memuat naik gambar bersama peguam Datuk Akberdien Abdul Kadir yang sering mewakili artis dalam kes-kes perceraian.
Sementara itu, usaha media untuk mendapatkan pengesahan berhubung perkara itu daripada Harith Iskander, 58, tidak berjaya apabila dia memilih untuk mengunci mulut.
Harith Iskander dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga anak iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne yang kini berusia sembilan tahun.
Astro Awani
Tue Jul 09 2024

Harith Iskander dan Dr Jezamine Lim mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2010 dan dikurniakan tiga anak. -Foto IG HarithIskandar

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Isu Harith Iskander, Cecilia: Polis akan hantar kertas siasatan ke DPP secepat mungkin - KPN
Kertas siasatan membabitkan pelawak Harith Iskander dan Cecilia Yap Song berhubung kes menghina Islam akan dihantar ke pihak pendakwa raya secepat mungkin.

'Saya guna AI ugut, sengaja nak mainkan Harith Iskander'
Seorang tukang rumah yang menggunakan teknologi AI untuk mengugut dan mempermainkan perasaan Harith Iskander serta keluarga, dihukum penjara lima bulan termasuk denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret.

Cecelia Yap tampil mohon maaf
Pemilik atau pengendali akaun Facebook Cecelia Yap Song KL yang didakwa menimbulkan kontroversi berhubung hantaran berbaur penghinaan terhadap agama Islam baru-baru ini tampil memohon maaf.

Suspek ugut Harith Iskander, keluarga ditahan polis - KPN
Suspek berusia 31 tahun itu direman sehingga 28 Januari ini untuk membantu siasatan.

Harith Iskander, keluarga terima ugutan bunuh
Pelawak Harith Iskander tampil membuat laporan polis apabila menerima ugutan bunuh susulan perkongsiannya berkenaan sensitiviti isu 'ham' baru-baru ini.

Program komedi berdiri Harith Iskander di DFP malam esok batal
Program komedi berdiri membabitkan Harith Iskander yang akan berlangsung di pentas Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada malam esok, dibatalkan.

Jakim akan panggil Harith Iskander
Jakim juga telah buat laporan polis bagi siasatan dan tindakan lanjut kerana telah menimbulkan keresahan umat Islam.

Polis terima tiga laporan terhadap Harith Iskander
Polis Johor menerima tiga laporan terhadap pelawak Harith Iskander yang didakwa menghina agama Islam menerusi hantaran dimuat naik di Facebook.

Harith Iskander, Dr Jezamine sah bercerai talak satu
Beberapa terma sudah dipersetujui oleh Harith Iskander dan Dr Jezamine termasuk berkaitan nafkah tiga anak mereka, manakala proses hak penjagaan anak (hadanah) pula akan diuruskan pada minggu depan.

Krisis rumah tangga: Harith Iskander, Jezamine akan keluarkan kenyataan bersama dalam masa terdekat
Harith Iskander dan Dr Jezamine Lim akan mengeluarkan kenyataan bersama dalam masa terdekat berhubung permohonan cerai mereka.