TEL AVIV: Israel umum tidak akan lagi memberikan visa secara automatik kepada pekerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ia sebagai tindak balas terhadap PBB kerana Israel mendakwa badan dunia tersebut merupakan rakan kongsi kepada kumpulan pejuang Hamas.
Israel juga menuduh PBB bersubahat dengan kumpulan pejuang itu serta meminggirkan nasib Israel sepanjang konflik tersebut berlangsung.
Jurucakap kerajaan, Eylon Levy berkata, Israel akan mempertimbangkan permintaan visa daripada pekerja PBB berdasarkan kes demi kes dan bukannya secara automatik.
“Sudah terlalu lama pegawai antarabangsa mengalihkan kesalahan kepada Israel, untuk menutup fakta bahawa mereka menyokong Hamas.
"Dengan gagal mengutuk Hamas kerana merampas bantuan dan gagal mengutuknya kerana melancarkan perang keluar dari hospital, mereka telah menjadi rakan kongsi dalam strategi perisai manusia Hamas.
Mereka telah mengecewakan dunia. Kami menuntut akauntabiliti global. Dan kini kami memimpin melalui teladan - Kementerian Luar Negeri telah mengumumkan bahawa permintaan visa oleh pekerja PBB tidak lagi akan diberikan secara automatik dan sebaliknya akan dipertimbangkan berdasarkan kes demi kes," katanya.
Selain itu, tindakan itu dijangka meningkatkan ketegangan antara badan dunia itu dan Israel.
Zionis sebelum ini mendakwa PBBb mengarahkan kritikan yang tidak adil dan tidak seimbang kepadanya.
Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan PBB dan kumpulan pejuang Hamas.
Astro Awani
Wed Dec 27 2023
Eylon Levy berkata, Israel akan mempertimbangkan permintaan visa daripada pekerja PBB berdasarkan kes demi kes dan bukannya secara automatik. - Foto X/Eylon Levy
Vietjet lancar penerbangan terus Hanoi-Kuala Lumpur, tingkatkan kesalinghubungan ASEAN
Syarikat penerbangan Vietjet, mengumumkan perkhidmatan baharu penerbangan terus di antara Hanoi dengan Kuala Lumpur.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 November 2024
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
88 rakyat Palestin terbunuh dalam dua serangan udara Israel di utara Gaza
Sekurang-kurangnya 66 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak, terbunuh dalam serangan udara Israel di dataran kediaman berhampiran Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia.
Letupan gegar dua perkampungan di selatan Lubnan
Gegaran letupan turut dirasai berhampiran Marjayoun, dengan kepulan asap menyelubungi ruang angkasanya.
Tiada pertukaran tebusan, tahanan tanpa akhiri perang Gaza - Hamas
Hamas menegaskan tidak akan ada perjanjian pertukaran tebusan untuk tahanan dengan Israel melainkan perang di kawasan Palestin itu berakhir.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
3 askar Lubnan terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas kemudahan tentera
Tentera Lubnan pada Selasa memaklumkan bahawa tiga anggotanya terkorban dalam serangan udara Israel ke atas sebuah pos tentera di Sarafand.
Pejuang Houthi lancar operasi ketenteraan, serang sasaran kritikal Israel
Pejuang Houthi dari Yaman umum melancarkan operasi ketenteraan terhadap Israel, dengan menyerang beberapa sasaran ketenteraan dan kritikal pada Ahad.
Dakwaan iktiraf Israel: Jangan tunggang agama, tabur fitnah, perbodoh rakyat - Anwar
Anwar menolak dakwaan bahawa beliau mengiktiraf Israel, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama.
Video wawancara PM Anwar bersama CNN disunting, tidak gambarkan konteks penuh - Fahmi
Wawancara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai konflik Israel-Palestin bersama Richard Quest daripada CNN disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Sehingga kini, Malaysia tidak pernah iktiraf negara haram Israel - Fahmi
Dalam wawancara Perdana Menteri bersama CNN yang tular baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jelas menyatakan pendirian Malaysia untuk melindungi kewujudan Palestin.