MOSCOW: Israel menamatkan kerjasamanya dengan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), umum duta Israel ke PBB Danny Danon, lapor Sputnik/RIA Novosti.


Ringkasan AI
  • Israel menamatkan kerjasama dengan Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), seperti diumumkan oleh duta Israel ke PBB, Danny Danon.
  • Parlimen Israel meluluskan dua rang undang-undang yang melarang UNRWA daripada beroperasi di Israel dan menghalang pihak berkuasa Israel daripada berhubung dengan agensi tersebut.
  • Ketua UNRWA, Philippe Lazzarini, memberi amaran bahawa langkah ini akan menjejaskan usaha agensi untuk menyediakan bantuan kepada pelarian Palestin.


"Berikutan undang-undang mengenai UNRWA, kami secara rasmi memaklumkan kepada presiden Perhimpunan Agung mengenai penamatan kerjasama dengan organisasi itu," kata diplomat berkenaan dalam satu kenyataan.

Seminggu lalu, parlimen Israel meluluskan dua rang undang-undang yang melarang UNRWA daripada beroperasi di Israel dan menghalang pihak berkuasa Israel daripada berhubung dengan agensi PBB itu, yang merupakan penyedia utama bantuan kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Ketua UNRWA Philippe Lazzarini memberi amaran bahawa langkah itu secara efektif menjejaskan usaha agensi berkenaan untuk menyediakan bantuan kepada pelarian Palestin.

-- BERNAMA