Beliau berkata, pendaftaran bagi program tersebut dijangka dibuka pada 27 Feb ini.
"Saya menyeru mereka agar berani merealisasikan impian, mengembangkan potensi diri dan bersama-sama membina masa depan lebih cerah untuk wanita di negara ini," katanya semasa berucap di majlis perasmian Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 Peringkat Zon Borneo, di sini, pada Selasa.
Nancy berkata, kepimpinan wanita adalah satu aspek penting yang sentiasa diberi perhatian kementeriannya dan antara inisiatif utama diperkenalkan ialah program PERANTIS yang dimulakan pada 2024.
Beliau berkata, program tersebut diwujudkan untuk melahirkan lebih ramai wanita berdaya saing dalam kepimpinan, memberi latihan dan pendedahan praktikal kepada mereka yang ingin menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang.
"Wanita muda yang menyertai program ini berpeluang mendapat bimbingan daripada pemimpin wanita berpengalaman, serta membina rangkaian profesional yang dapat memperkukuhkan perjalanan mereka dalam dunia kepimpinan," katanya.
Pada 26 Jan lepas, Nancy dilaporkan berkata, 100 pemimpin wanita daripada pelbagai latar belakang profesional di seluruh negara dijangka menyertai program PERANTIS tahun ini.
Beliau berkata, setiap daripada mereka akan menerima hingga RM50,000 untuk melaksanakan program pembangunan kepimpinan dalam bidang masing-masing. - BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)