Meskipun ada ungkapan menyatakan lelaki mahukan wanita muda dan wanita mahukan lelaki yang lebih tua, namun kajian terbaru mendapati wanita kini memilih lelaki muda sewaktu di laman sembang Internet.
Menurut laporan majalah Time, jumlah mereka yang mengadakan janji temu di laman sembang menunjukkan lelaki dan wanita memilih pasangan yang lebih muda.
Laman janji temu dan aplikasi Are You Interested? (AYI) membantu pengguna mencari pasangan berpotensi dengan membenarkan akses ke profil Facebook dengan padanan minat yang sama.
Pengguna yang berminat boleh menjadikan profil berkenaan sebagai profil pilihan atau melangkauinya jika tidak menarik perhatian.
AYI mengumpul data daripada 68 juta muat turun dan 20 juta profil Facebook dengan menumpukan satu juta padanan di antara 35,942 pengguna berumur 30 hingga 49 tahun menurut majalah Time.
Wanita lima kali ganda lebih menunjukkan minat kepada lelaki lima tahun lebih muda berbanding seorang sahaja wanita yang mahu kepada lelaki lima tahun lebih tua.
Walaubagaimanapun, di antara 26,434 lelaki berusia 30 ke 49 tahun yang mewakili 42 peratus berkata mereka tidak akan mempertimbangkan untuk mengadakan janji temu bersama wanita lebih tua.
Namun jika dihubungi oleh wanita berkenaan, mereka tidak akan menghampakan kaum hawa itu.
Kaum lelaki hanya 22 peratus memberikan respon kepada wanita lebih tua berbanding wanita muda yang memulakan pengenalan.
Time memetik kajian pada 2008 yang diterbitkan oleh jurnal Psikologi Wanita mendapati wanita yang 10 tahun atau lebih tua daripada pasangannya akan mendapatkan lebih kepuasan dalam perhubungan berbanding wanita yang berhubungan dengan lelaki sebaya atau lebih muda.
Pasangan popular dengan wanita lebih tua adalah Julianne Moore dan Bart Freundl, Gwyneth Paltrow dan Chris Martin serta Mariah Carey dan Nick Cannon.
AFP RELAXNEWS
Tue Jun 18 2013
![Wanita lebih tertarik lelaki muda di Internet - Kajian Wanita lebih tertarik lelaki muda di Internet - Kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/41371520554_295x200.jpg)
AWANI Ringkas 12 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Februari 2025
1️⃣ Kerajaan pertingkatkan usaha
2️⃣ Belajar daripada Singapura
3️⃣ Pelan Washington ambil alih Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Kerajaan pertingkatkan usaha
2️⃣ Belajar daripada Singapura
3️⃣ Pelan Washington ambil alih Gaza
#awaniringkas
![Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738997935_PolisLogoPolisP.jpg)
Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita
Suspek bertindak memukul dahi mangsa menggunakan serpihan batu simen ketika mangsa bergeluk ingin melawan suspek.
![Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738213206_JordanHospital.jpg)
Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza
Langkah ini merupakan sebahagian daripada respons kemanusiaan Jordan terhadap krisis di Gaza.
![Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui? Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739327507_GajiMinimum.jpg)
Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?
Pasaran kerja Malaysia semakin dinamik, namun cabaran seperti ketidaksepadanan pekerjaan, hala tuju pendidikan, dan kebergantungan kepada pelaburan asing terus memberi kesan kepada golongan muda.
“Tidak ada diskrminasi sama ada wanita mahupun lelaki” - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan berkata kenaikkan pangkat anggota wanita terbuka berdasarkan keupayaan dan peningkatan pengetahuan yang akan memberi jaminan kepada peningkatan dalam tugas dan juga pangkat anggota wanita tersebut.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739329199_ATM.jpg)
Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.
![PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739327892_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac
Penyampaian perkhidmatan menggunakan sistem tersebut perlu dipercepatkan agar rakyat dapat segera menikmati manfaat.
Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,550 orang
Timbalan Menteri Pertahanan berkata Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,950 orang sehingga 31 Dis 2024
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736749898_KPMjpg.jpg)
Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.
“Bukan kita tiada laporan, kita baru lancar”-Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata akan sediakan laporan MOSTI selepas setahun pelancaran Dasar inovasi sosial.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Wanita lebih tertarik lelaki muda di Internet - Kajian Wanita lebih tertarik lelaki muda di Internet - Kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/41371520554_295x200.jpg)
Wanita lebih tertarik lelaki muda di Internet - Kajian
Meskipun ada ungkapan menyatakan lelaki mahukan wanita muda dan wanita mahukan lelaki yang lebih tua, namun kajian terbaru mendapati wanita kini memilih lelaki muda sewaktu di laman sembang Internet.