TINGGI di atas salah satu gunung dalam Banjaran Alps, tegap berdiri sebuah istana lama yang dibina oleh seorang ahli falsafah pada 1914.
Istana ini pernah beberapa kali bertukar fungsi, daripada sebuah kediaman mewah, kepada kem mangsa Perang Dunia Kedua dan sekarang merupakan sebuah hotel dengan lebih 115 bilik. Inilah Hotel Schloss Elmau yang terletak dalam wilayah Bavaria di selatan Jerman, merupakan antara hotel paling mewah dan eksklusif yang ditawarkan di negara Eropah itu.
Selalunya, cuaca baik musim panas seperti ini akan dimanfaatkan sepenuhnya warga kota yang mahu bercuti bersama keluarga di kawasan ini yang dianggap antara yang paling indah di sepanjang banjaran Alp. Malah lokasinya yang hanya terletak sekitar kurang dua jam perjalanan dari Munich menjadikannya sebagai lokasi strategik bagi keluarga dari golongan atasan untuk berlibur dan tenangkan fikiran.
Seperti yang boleh dijangkakan, resort mewah seperti ini pastinya membuatkan pelawatnya tidak bosan. Jika lapar, boleh sahaja singgah ke satu daripada sembilan restoran yang ditawarkan, dengan dua daripadanya mempunyai penarafan Michelin. Sudah kenyang, boleh terus ke kedai buku atau barisan kedai-kedai lain, yang sedia menerima gesekan kad pembayaran.
Tidak cukup dengan itu, hotel ini juga menempatkan sebuah dewan konsert yang menjadi tuan rumah kepada lebih 200 persembahan setahun, lantas menjadikan lokasi ini sebagai venue konsert paling sibuk di Jerman.
Tetapi, pasti bukan konsert yang dicari Joko Widodo, Presiden ketujuh Republik Indonesia hadir ke sini atas undangan Canselor Jerman bagi menghadiri Persidangan G7.
Minggu ini, hotel mewah ini ditutup buat tetamu yang lain kerana ia menjadi venue kepada Persidangan Kumpulan Negara G7, perkumpulan tujuh negara paling industri di dunia, dan Indonesia dijemput.
Untuk rekod, Indonesia bukan negara anggota G7, tetapi mempunyai kredibiliti sebagai Presiden Kumpulan Negara G20, yang dianggotai 20 ekonomi paling besar dunia. Malaysia tidak menganggotai kedua-dua kumpulan berkenaan.
Melangkah masuk ke bilik persidangan utama, Jokowi langsung tidak nampak janggal apabila menjadi satu-satunya warga Nusantara dan orang Islam dalam bilik yang menempatkan tujuh pemimpin paling penting dunia.
Jokowi kini dalam rangka misi yang lebih genting. Selepas selesai mesyuarat di hotel ini, dia harus bergegas ke Ukraine dan kemudian Rusia dalam usaha menjadi orang tengah bagi menggerakkan perdamaian di wilayah itu.
“Kenapa harus bapak Presiden Indonesia yang negaranya berada jutaan kilometer dari Rusia mahupun Ukraine ataupun benua Eropah mahu libatkan diri dalam perang ini?” tanya saya dalam hati.
Jelas justifikasi yang diberi menerusi kenyataan Istana Presiden, mengerakkan usaha damai ini penting buat Indonesia, kerana hanya dengan berakhirnya perang ini, maka krisis inflasi makanan boleh diselesaikan.
Ternyata, justifikasi ini legit, kita semua merasa tempias dasyat krisis bersenjata dua negara bersaudara itu. Malaysia tidak terkecuali, malah data Jabatan Perangkaan menunjukkan inflasi makanan di Malaysia pada bulan Mei sudah cecah lebih 5 peratus.
Persoalan sama ada Presiden Vladimir Putin akan menjadi lembut hati apabila usai bertemu secara empat mata dengan jejaka Jawa ini, itu menjadi hal lain. Setidak-tidaknya dia mencuba.
Tetapi usaha mencuba inilah yang harus dibuktikan Jokowi. Sebagai Presiden G20, Jokowi kini tersepit antara dua kuasa dunia. Gagal percaturan, Persidangan G20 yang dijadual berlangsung di Bali, pada November nanti mungkin gagal.
Kuasa barat mengancam memboikot persidangan berkenaan jika Rusia dijemput. Pada sisi lain, Rusia adalah salah satu anggotanya. Jika Moscow tidak dijemput, ia mungkin membawa natijah yang lain pula.
Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Jokowi kini meniti titian sempit. Lebih mencabar, dia berseorangan dalam hal ini. Hanya sokongan yang dizahirkan dan doa yang dititipkan warga Indonesia mengiringi setiap langkahnya ke Ukraine dan Rusia.
Langkah Jokowi yang mungkin boleh dipersoal keberkesanannya ini, setidak-tidaknya menzahirkan iltizam Jokowi dan Indonesia bahawa ia sebagai kuasa yang bebas. Langkahnya tidak perlu dirujuk oleh kuasa dunia yang lain, bukan Amerika Syarikat atau China. Tiada “abang” atau “adik” yang perlu dirunding sebelum melakukan apa-apa tindakan. Indonesia, sebagai kuasa dunia mahu buktikan bahawa ia boleh mandiri. Setidak-tidaknya inilah mesej yang cuba dipancarkan Jokowi kepada rakyatnya dan dunia.
Walaupun keras kepala Putin belum tentu boleh dilembutkan, nyata langkah Jokowi ke Eropah mendekatkan Indonesia sebagai negara yang berperanan besar di pentas dunia.
Bayangkan sekiranya Malaysia, sebuah negara kecil di dalam peta dunia yang pernah menempa nama sebagai orang tengah pelbagai krisis, bersama-sama memainkan peranannya mendamaikan dua pihak yang berseteru, bukankah lebih kuat dan lebih efektif usaha murni ini?
* Shafizan Johari ialah Editor Utama (Lead Editor) dan Editor Perancangan Hadapan Astro AWANI.
* Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Shafizan Johari
Thu Jun 30 2022
Joko Widodo berjabat tangan dengan Canselor Jerman, Olaf Scholz, dalam upacara sambutan di Hotel Schloss Elmau, Bayern, Jerman. - Reuters
Trump rancang pecat peguam penyiasat berkaitan rusuhan di Capitol, dokumen sulit
Trump turut bercadang memecat peguam kerajaan berpengalaman yang biasanya dilindungi daripada tindak balas politik.
Tengku Permaisuri Norashikin berangkat ke program Orkestra Tradisional Malaysia
Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat menyaksikan program Jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia: Sounds of Malaysia 2024 anjuran Istana Budaya.
Kawasan sekitar Sungai Golok di Rantau Panjang dijangka dinaiki air - JPS
Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan di kawasan berkenaan.
TPM Fadillah jalan kaki bersama hampir 3,000 peserta
Timbalan Perdana Menteri Fadillah malam tadi menyertai acara jalan kaki sejauh tiga km bermula dari Anjung Floria, Putrajaya.
Setiausaha Agung NATO Rutte bertemu Presiden Terpilih AS Trump di Florida - NATO
Rutte bersama pasukannya turut bertemu dengan Anggota Kongres Mike Waltz, yang dilantik Trump sebagai penasihat keselamatan nasional.
Nie Ching gesa pencinta kandungan golongan muda terap nilai komuniti
Pencipta kandungan perlu menyedari tidak semua kandungan mempunyai nilai intrinsik hanya kerana ia mudah untuk dihasilkan.
Piala Malaysia: Selangor ikat Sri Pahang, Terengganu tundukkan Melaka
Sri Pahang FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 1-1 ketika bertemu Selangor FC, malam tadi.
Letak diri dari perspektif pengguna untuk beri perkhidmatan terbaik
Falsafah atau panduan untuk merakyatkan perkhidmatan awam adalah dengan sentiasa berfikir sebagai seorang rakyat dahulu.
Pasaran getah menaik walaupun kesan Monsun Timur Laut - Pakar
Walaupun penambahan stok diperlukan, keperluan selanjutnya dalam penyimpanan membentangkan cabaran yang agak besar berikutan cuaca buruk.
Suri rumah jana pendapatan tanaman cendawan tiram hasil kepakaran UniMAP
Seorang suri rumah mampu menjana pendapatan sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sebulan selepas mengusahakan tanaman cendawan tiram dengan bantuan kepakaran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Indonesia: Bakar suami selepas periksa akaun bank berkurangan
Seorang wanita hilang kewarasan apabila bertindak membakar suaminya, selepas tidak berpuas hati melihat akaun bank mangsa berkurangan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
Ernie Zakri menang anugerah pertama di Indonesia, 'Masing Masing' dinobat Soundtrack Sinetron Paling Ngetop
Penyanyi bervokal mantap, Ernie Zakri terus melakar kejayaan apabila lagu hits nyanyiannya iaitu Masing Masing berjaya merangkul anugerah di Indonesia, pada Rabu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sejarah tercipta, Indonesia secara rasminya pasukan paling berjaya ASEAN
Selepas menewaskan pasukan Arab Saudi, Indonesia secara rasminya dinobatkan selaku gergasi Asia Tenggara paling berjaya dalam sejarah.
Indonesia unjur pertumbuhan eksport sehingga 9.6 peratus menjelang 2029
Kementerian Perdagangan Indonesia meramalkan penghantaran ke luar negara berpotensi meningkat sehingga 9.6 peratus menjelang 2029.
Malaysia perlu bantu Indonesia dalam proses transisi tenaga boleh baharu - Pakar
Malaysia perlu membantu Indonesia dalam proses transisi tenaga boleh baharu memandangkan pembangunan Ibu Kota Negara (IKN) Nusantara sedang pesar dibangunkan.
Malaysia kini huni tangga ke-128 dunia, pintas Indonesia
Kedudukan ranking dan mata masih lagi boleh berubah bergantung kepada keputusan perlawanan seterusnya.
Kejohanan Dunia IESF: Malaysia humban cabaran Indonesia untuk ke Grand Final bertemu Filipina
Wakil negara akan berdepan pasukan dari Filipina dalam pusingan akhir.
Gunung Ibu di Indonesia meletus, cetus amaran penerbangan kedua tertinggi
Letusan berlaku pada 2.22 petang waktu tempatan, memuntahkan kepulan abu ke arah barat kawah.