Indonesia di hadapan Malaysia, dibezakan tiga anak tangga
Indonesia berada pada tempat ke-130 dunia, turun satu anak tangga, kerana merekodkan satu seri (Bahrain) dan satu kekalahan (China).
Astro Arena
Fri Oct 25 2024
Kekalahan kepada New Zealand mengakibatkan Harimau Malaya hilang 3.72 mata dan sudah mengumpul sebanyak 1,113.92 mata secara keseluruhan. - Gambar fail/Astro ARENA
KEMAS kini terbaru ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan Harimau Malaya menduduki tangga ke-133 dunia selepas mengharungi satu perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1, minggu lalu.
Kekalahan kepada New Zealand mengakibatkan skuad kendalian Pau Marti Vicente kehilangan 3.72 mata dan sudah mengumpul sebanyak 1,113.92 mata secara keseluruhan.
Sementara itu, Indonesia pula berada di depan pada tempat ke-130 dunia, turun satu anak tangga berbanding catatan terdahulu kerana merekodkan satu seri (Bahrain) dan satu kekalahan (China) dalam Kelayakan Piala Dunia 2026.
Ranking Harimau Malaya | 24 Oktober 2024
Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 133 dunia, turun 1 anak tangga berbanding 132 pada kemas kini terdahulu, 19 September 2024.