Beliau berkata demikian ketika menyertai 2025 World Government Summit di Dubai.
Sidang kemuncak yang bermula pada Selasa bertemakan "Shaping Future Governments" berlangsung sehingga 13 Feb dengan kehadiran 30 ketua negara dan kerajaan, 140 delegasi kerajaan, 400 menteri serta 6,000 peserta.
"Kami menghargai perbincangan semasa panel mengenai trend ekonomi global, termasuk risiko kecerdasan buatan dan kesannya terhadap dunia," kata Sheikh Ahmad.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa terdapat satu faktor penting yang perlu diberi perhatian kerana ia akan mempengaruhi serta membentuk ekonomi global pada masa akan datang, iaitu pengaruh Trump dan hala tuju pentadbirannya.
"Kita perlu berwaspada kerana beliau membuat keputusan yang mengutamakan kepentingan sendiri.
"Jika kita lihat kepada ekonomi global, pasti ada tindak balas dan ia telah pun bermula, kerana keputusan beliau akan memberi kesan besar terhadap ekonomi dunia," katanya tanpa mengulas lanjut.
Sejak kembali ke Rumah Putih pada 20 Jan, Trump membuat beberapa keputusan ekonomi dan politik yang mencetuskan kontroversi, termasuk kenaikan tarif serta rancangan untuk merampas Gaza dan memindahkan rakyat Palestin ke negara jiran.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)