Ahli Kongres wanita Islam pertama Amerika Syarikat, Ilhan Omar pada Rabu lantang menyuarakan persoalan kepada Wakil Khas Venezuela, Elliott Abrams.

Ia berhubung sokongan yang pernah disuarakan Abrams terhadap kematian skuad Latin Amerika pada tahun 1980-an.

Omar mendesak agar Abrams menjawab sama ada pihaknya melakukan perkara yang sama terhadap Venezuela.


Sebelum ini pada Ahad, Omar yang secara terbuka menyokong pemulauan Israel, mula mencetuskan perbalahan.

Kenyataan menerusi akaun Twitter miliknya didakwa bersifat rasis terhadap kaum Yahudi dan bersifat anti-Semitik.

Walaupun sudah memohon maaf pada Isnin, Omar terus dikecam oleh ahli Kongres lain termasuk Presiden Donald Trump, yang turut menggesa beliau meletak jawatan dalam Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri.