Bitcoin yang dicuri itu kini bernilai berbilion dolar dan dikaitkan dengan satu daripada kecurian mata wang kripto terbesar dalam sejarah, lapor Xinhua.
Suaminya, Ilya "Dutch" Lichtenstein, dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada Khamis selepas mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat mencuci wang, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Morgan mengaku bersalah atas tuduhan pengubahan wang haram dan bersubahat untuk menipu kerajaan Amerika Syarikat, dengan masing-masing membawa hukuman penjara maksimum lima tahun.
"Walaupun Lichtenstein berkata dia bertanggungjawab sepenuhnya atas kecurian itu, kes berkenaan mendapat perhatian luar biasa disebabkan latar belakang Morgan yang berbeza dan unik," lapor The Washington Post mengenai kes itu.
Morgan dikenali secara dalam talian dengan dua identiti berbeza: pertama, sebagai seorang usahawan profesional yang menjalankan sebuah syarikat pemasaran e-mel dan kedua, sebagai seorang rapper yang muziknya digambarkan sebagai "komedi seram dengan tarikan pelik."
Peguam Morgan menyatakan bahawa persona hiburannya dicipta untuk menghadapi masa-masa sukar dalam hidupnya.
Media yang menggambarkannya dengan negatif telah merosakkan reputasinya, menyebabkannya menerima pelbagai mesej kebencian dan membuatkan dia kelihatan seperti pemain utama dalam skim itu, walaupun dia hanya mengetahui tentang kecurian itu selepas ia berlaku dan menjadi rakan sejenayah hanya untuk melindungi suaminya.
-- BERNAMA