SEBUAH kejadian gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter berlaku di Mindanao, Filipina pada jam 5.06 petang, Ahad.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, (METMalaysia), pusat gempa dikenal pasti di kedalaman 189 kilometer di bawah permukaan laut, dan terletak kira-kira 160 kilometer tenggara Bandar Koronadal, Filipina.

METMalaysia memaklumkan, lokasi berkenaan terletak 793 kilometer timur laut Semporna, Sabah dan tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.

A moderate earthquake has occurred at 05:06pm on 28/02/16, 5.3N 125.6E with magnitude 5.4 and depth 189km, Mindanao,...

Posted by Malaysian Meteorological Department on

Media Tempatan, Manila Bulletin melaporkan kejadian itu turut dirasai di Bandar General Santos.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) berkata tiada kecederaan dilaporkan setakat ini, namun menjangkakan gempa susulan berlaku selepas kejadian tersebut.