KUALA LUMPUR: Astro Radio dengan kerjasama GFK memperkenalkan “RADIO 360”, satu langkah mentransformasi industri radio melalui integrasi teknologi kiraan pendengar dengan cara yang lebih meyakinkan dan terkini.


Ringkasan AI
  • RADIO 360: Sistem pengukuran baru untuk industri radio yang menggabungkan teknologi pengiraan pendengar secara komprehensif. Ia membolehkan penyesuaian kandungan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pendengar dan pengiklan.
  • 11 Stesen Radio: RADIO 360 merangkumi 11 stesen radio Astro yang boleh diakses melalui aplikasi SYOK, termasuk Era, Sinar, Gegar, Hitz, Mix, My, dan Raaga.
  • Data Lebih Mendalam: RADIO 360 mengumpul data yang lebih tepat dan khusus, memahami kehendak pendengar, dan memastikan pemahaman yang tepat mengenai tingkah laku pendengar radio FM dan digital di Malaysia.


Pengarah Astro Radio, Priya Dharshini Prabakaran berkata, dengan memanfaatkan pandangan pendengar secara komprehensif, ia sekali gus dapat membantu menyesuaikan kandungan yang disediakan dalam usaha memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pendengar dan pengiklan.

RADIO 360 merentasi 11 stesen radio Astro yang boleh diakses di aplikasi SYOK termasuk Era, Sinar, Gegar, Hitz, Mix, My dan Raaga.

Melalui kaedah RADIO 360 ini, data yang dikumpulkan adalah lebih tepat dan khusus serta dapat membantu memahami kehendak pendengar dengan lebih mendalam, menawarkan maklumat bernilai buat pengiklan dan penyiar.

"Melalui data itu, kita boleh kesan apa pengguna nak dengar, apa yang pengguna suka. Dari situ kita boleh rangka kandungan yang dibuat khusus untuk memenuhi keperluan pendengar.

"Ia bukan saja untuk kebaikan pengiklan tetapi juga untuk pendengar, dari segi kita boleh bentuk isi kandungan mengikut kehendak pendengar.

"Kebiasaannya di radio, kita akan buat apa yang kita nak buat tetapi sekarang pendengar yang beritahu kita apa yang mereka mahu," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran RADIO 360, pafa Khamis.

Tambahnya lagi,  RADIO 360 akan memberikan data tanpa bertindih, membezakan antara pendengar FM dan penstriman digital untuk segmen penonton yang lebih meluas dan memastikan industri memperoleh kefahaman tepat mengenai tingkah laku pendengar radio FM dan digital.

Kerjasama dengan GFK juga akan menyediakan asas yang kukuh bagi perkembangan masa depan radio dan digital yang lebih baik melalui integrasi data tambahan, seiring dengan evolusi landskap penggunaan audio di Malaysia.