ISTANBUL: Kesatuan Eropah (EU) pada Sabtu mengutuk serangan yang merosakkan pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Semenanjung Gaza baru-baru ini, mengakibatkan puluhan mangsa terbunuh.
Ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell menerusi hantaran di X menekankan keperluan untuk mempertanggungjawabkan mereka yang bertanggungjawab melalui siasatan bebas, lapor Agensi Anadolu.
Borrell menegaskan kepentingan melindungi orang awam, sambil menegaskan langkah sedemikian merupakan kewajipan di bawah Konvensyen Geneva dengan "semua pihak terlibat dalam konflik itu terikat" untuk mematuhinya.
Gesaan EU untuk akauntabiliti menekankan keperluan mendesak untuk memastikan bahawa ICRC boleh meneruskan usaha kemanusiaannya dengan selamat.
Organisasi itu memainkan peranan penting dalam menyediakan perlindungan dan bantuan kepada mangsa konflik, serta akses kepada tahanan, di bawah rangka kerja Konvensyen Geneva.
ICRC melaporkan bahawa pejabatnya di Gaza yang dikelilingi oleh ratusan orang awam kehilangan tempat tinggal, telah rosak pada Jumaat akibat serangan berhampiran.
Kejadian itu menyebabkan ramai mangsa dimasukkan ke hospital medan Palang Merah berhampiran, dengan kemudahan itu menerima 22 mayat dan 45 orang cedera. - BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024
Penduduk Palestin yang dipindahkan membuat jalan ketika mereka melarikan diri dari Jabalia selepas tentera Israel menyeru penduduk untuk berpindah. -Gambar fail/REUTERS
UTM terima 3,154 pelajar baharu bagi sesi akademik 2024/2025
Seramai 2,977 pelajar mendaftar pengajian di kampus UTM Johor Bahru dan 177 pelajar di kampus UTM Kuala Lumpur.
Malaysia alu-alukan kerjasama syarikat telekomunikasi dengan organisasi media tempatan, bangun aplikasi AI - Fahmi
Fahmi memberi Huawei sebagai contoh syarikat dari China yang memiliki aplikasi AI serba canggih dan boleh digunakan dalam pelbagai bidang.
GPM sedang atur bantuan kecemasan AS$10,000 untuk masyarakat di Lubnan
Bantuan berbentuk keperluan asas bagi tempat tinggal sementara selain makanan panas serta keperluan bayi dan kanak-kanak sedang diatur.
UNGA 79: Malaysia bersedia pengerusikan ASEAN 2025, komited perkukuh peranan blok serantau
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut menekankan komitmen Malaysia untuk mengemudi ASEAN ke arah kesediaan mendepani masa depan.
UNGA 79: Malaysia gesa PBB aktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid
Malaysia mengulangi gesaannya bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengaktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid.
UNGA 79: Kenyataan negara di pentas dunia
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menyampaikan Kenyataan Negara sekitar jam 2.15 petang waktu New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-79
Tiada kemungkinan perang besar, sokongan negara Arab hanya retorik
Malah, keupayaan perisikan Israel yang mampu menyusup masuk ke dalam organisasi sehebat Hizbollah dijangka memberi ketakutan kepada negara Arab lain untuk bertindak secara drastik.
Hezbollah sahkan Hassan Nasrallah terbunuh
Kumpulan Hezbollah Lubnan mengesahkan pada Sabtu bahawa pemimpinnya Hassan Nasrallah terbunuh, melalui pengumuman yang disiarkan di televisyen.
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dinaik taraf - PM
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri akan dinaik taraf bagi selari peningkatkan jumlah pengunjung selain menerima pesawat lebih besar.
Kebimbangan konflik Asia Barat bakal berlarutan
Jika benar tentera Israel berjaya membunuh Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah, ia bukan saja satu kehilangan besar tetapi juga memberi ancaman dan kebimbangan bahawa konflik di Asia Barat akan terus berlarutan.
Angka korban di Gaza melebihi 41,500, terbaharu 39 lagi maut diserang Israel
Sekurang-kurangnya 39 lagi warga Palestin terbunuh dalam serangan tanpa henti oleh Israel di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas.
Tentera Israel lengkap bersenjata serbu, arah pejabat Al Jazeera di Ramallah ditutup
Rejim Zionis sampaikan perintah penutupan rangkaian berita itu selama 45 hari.
Ketandusan bekalan bantuan, hospital di Gaza berisiko ditutup
Hospital Syuhada Al-Aqsa mungkin terpaksa ditutup dalam tempoh kurang daripada 10 hari akibat kehabisan bekalan minyak dan alat ganti generator.
Jerman seru tindakan segera redakan konflik Asia Barat
Langkah konkrit di Asia Barat amat diperlukan bagi mengurangkan ketegangan dan mengelakkan lebih banyak korban dalam kalangan orang awam.
Perang kunci keamanan rakyat Israel - Presiden Isaac Herzoq
Rakyat Israel berhak menikmati hak paling asas sebagai sebuah negara untuk hidup dalam kedamaian, keselamatan dan ketenangan seperti negara lain, kata Herzog.
Gaza tempat paling 'gelap' dalam sejarah - PBB
Tindakan tentera Israel di Gaza telah memberi kesan dahsyat kepada rakyat Palestin dan merupakan antara kekejaman terburuk dalam sejarah.
Mayat penduduk Palestin dicampak tentera Israel dari atap rumah
Sebelum kejadian, rejim Zionis mengepung rumah tersebut sebelum naik ke atap dan menembak tiga pemuda Palestin.
Klinik gigi di Gaza dibuka semula - UNRWA
Penduduk Gaza kini bergelut untuk mendapatkan rawatan pergigian dan bergantung kepada UNRWA.
Perhimpunan Agung PBB lulus resolusi gesa penamatan pendudukan Israel dalam tempoh setahun
Resolusi yang dipelopori oleh Palestin itu diluluskan dengan 124 negara anggota mengundi menyokong, 14 menentang dan 43 berkecuali.
Perang di Gaza perlu dihentikan, tiada pendudukan semula Israel - Kamala Harris
Calon Presiden AS gesa gencatan senjata serta penyelesaian dua negara dan kestabilan Asia Barat dengan cara yang tidak memperkasakan Iran.