ASEAN: bertemu Donald Trump.
Donald Trump: bertemu ASEAN.
Siapakah yang akan menang dalam pertembungan antara Pengganggu Besar dan kumpulan serantau paling membosankan dan patuh protokol?
Saya tidak bertaruh pada Trump.
Menghadiri suatu mesyuarat ASEAN adalah seperti berjalan dengan melangkah ke belakang melalui gula Melaka yang mendidih.
Beberapa ketika kemudian, anda putus harap dan mengikut saja arus....malah Rodrigo "Dirty Harry" Duterte perlu bertingkah laku yang baik ketika berada dalam mesyuarat-mesyuarat yang tidak berkesudahan dan membuat pesertanya tidur.
Hanya lebih setahun lalu, saya terfikir idea untuk melancarkan semula kolum saya -- yang anda sedang baca sekarang --- sebagai "Ceritalah ASEAN".
Konsepnya --- bertemu dan mewawancara orang biasa di seluruh rantau berpenduduk 650 juta orang ini --- kelihatan suatu yang mengujakan.
Bagaimanapun, ketika mana saya melakukannya di peringkat bawah, mendengar para petani, pekerja pendatang, pemandu pelancong, buruh harian dan guru sekolah, dari Bassein, ke Na Dinh, Manado dan Bacolod, saya mula sedar bahawa saya telah melakukan sedikit kesilapan.
Asia Tenggara adalah rancak, seksi dan hidup.
ASEAN -- sebagai pertubuhan supranasional --- adalah kaku, sombong dan paling baik pun adalah berada dalam koma.
Hakikatnya, ASEAN adalah berlawanan dngan apa saja yang membuatkan Asia Tenggara menarik.
Jalan-jalannya bising. Ia tidak dijangkakan.
Bila dibandingkan, ASEAN adalah elitis. Ia paling selesa berada di hotel mewah, tempat peranginan dan pusat konvensyen. Mesyuaratnya adalah pesta kata-kata yang diatur dengan baik.
Jadi ketika mana saya masih amat kagum, malah mencintai rantau kita ini, orangnya dan kisahnya, saya dapati adalah sukar untuk meraup semangat dalam dewan-dewan yang dipenuhi dengan birokrat.
Saya masih fikir ekonomi Asia Tenggara yang besar dan berkembang (yang pada tahun 2013 memiliki gabungan GDP sebanyak AS2.4 trilion) --- akan menjadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang tahun 2050 menurut McKinsey --- mempunyai potensi yang tidak ada hadnya.
Tetapi saya perlu jujur: ASEAN tidak mempunyai seni.
Kosong. Sifar.
Tidak terdapat hubungan emosi bersama --- kecuali jika anda menganggap acara makan durian sebagai suatu bentuk kebersamaan.
Malah kebanyakan daripada apa yang disebut sebagai "ketidakbersetujuan" -- kebanyakannya adalah mengenai Laut China Selatan --- kini sudah boleh dijangkakan apabila pengaruh geopolitik dan ekonomi China ke atas rantau kita meningkat.
Malah, saya boleh mencadangkan sebarang buku (dan banyak lagi kolum) mengenai ASEAN yang boleh menjadi penawar bagi insomnia.
Lebih serius lagi: ASEAN tidak benar-benar membantu bagi menyediakan infrastruktur dan juga pekerjaan kepada banyak daripada 650 juta penduduknya yang amat memerlukannya. Tugas itu masih terletak di bahu setiap negara anggota.
Dan ia amat kurang melakukan usaha untuk melindungi orang yang paling terancam di kalangan 650 juta itu (antaranya saya temui ketika membuat kolum ini) dari penyelewengan, eksploitasi dan kesusahan --- terutamanya pekerja pendatang rantau ini.
Sekali lagi, kosong.
Inilah mengapa saya tidak boleh menimbulkan sebarang keterujaan terhadap perhimpunan yang akan berlangsung di Manila -- walaupun ia merupakan ulang tahun ke-50 dan Trump kelihatannya akan hadir pada seluruh acara itu.
Mengantuk.
Memandangkan bahawa sidang-sidang ASEAN ini menidurkan --- seseorang boleh merasakan bahawa beliau akan menyesal untuk menunjuk muka pun.
Terus terang -- sebenarnya itu tidak menjadi hal, dalam pandangan yang luas, sama ada beliau berada di situ atau tidak.
Pengulas dasar luar akan berhujah bahawa kehadirannya itu adalah untuk meyakinkan rantau ini bahawa Amerika tidak "berundur dari Asia Pasifik/Dunia" --- tetapi itukah apa yang berlaku?
Ukuran bagi kuasa dan pengaruh Amerika (dan dalam hal ini, juga China) ke atas rantau ini --- tidak begitu bergantung sama ada pemimpinnya mendengar deretan ucapan yang membosankan dan mengambil "foto keluarga" dengan pakaian tradisi negara tuan rumah.
Orang akan kata "tetapi ini adalah untuk persepsi."
Percayalah pada saya: ini adalah satu kes di mana persepsi sebenar, sebenarnya tidak menjadi hal --- sekurang-kurangnya pada jangka waktu panjang.
Mungkin sudah sampai masanya kita berhenti percaya bahawa keamanan, kemakmuran dan reputasi rantau kita ini adalah perkara genting pada setiap sidang kemuncak.
Tetapi mungkin saya terlalu keras terhadap ASEAN.
Lagipun, ia telah mencapai tujuannya untuk memelihara perdamaian dan keberkecualian Asia Tenggara dalam dekad-dekad sejak penubuhannya melalui Deklarasi Bangkok 1967.
Dan mungkin membosankan ADALAH baik --- sekurang-kurangnya dalam hal agenda diplomatik ASEAN?
Ketika kumpulan itu mula ditubuhkan di kemuncak Perang Dingin, Asia Tenggara adalah kawah berisi ketidakpercayaan, kecurigaan dan kekerasan langsung di setiap sudutnya --- dari Vietnam ke Kemboja, Malaysia dan Indonesia.
ASEAN menyediakan platform berkecuali yang membawa bersama negara-negara itu, untuk membina keyakinan dan kemesraan.
Ia merupakan proses panjang dan sukar, ternyata normalisasi Indonesia dan negara-negara Indochina adalah teras agendanya.
Proses ASEAN yang jelas menjenuhkan dan kaku --- pernyataan dan ucapan yang berbentuk serupa --- meletihkan pemimpin-pemimpin kita hingga menjadikan mereka selalunya tidak mempunyai tenaga atau minat untuk merancang atau berkomplot menentang satu sama lain.
Sebaliknya, mereka semua mahu melepaskan diri.
Dan mungkin, mungkin saja: itu sudah cukup bagi kita di rantau ini?
Kita boleh dan tentunya patut fokus pada membangun hubungan antara bisnes dengan bisnes, media dengan media dan rakyat dengan rakyat tanpa menghiraukan apa yang berlaku dalam ASEAN.
Integrasi serantau --- terutamanya dalam Asia Tenggara mesti digerakkan dari bawah ke atas.
Jadi Donald, jangan cuba sekali-kali hendak jadi pandai.
ASEAN distrukturkan dan dibentuk untuk mengalahkan dan menelan penonjolan kehebatan dan peraihan markah.
Ambillah sebiji durian dan pergi ke kerusi sudut....
Karim Raslan
Tue Nov 14 2017
Acara berjabat tangan sesama pemimpin ASEAN yang kelihatan pelik. (Foto AP)
China akan ambil tindakan lindungi kepentingan daripada sekatan AI AS
China dengan tegas menentang sekatan AS terhadap eksport AI dan akan mengambil tindakan tegas untuk melindungi hak sah syarikat China.
Perancis alu-alukan inisiatif baharu Malaysia di bawah kepengerusian ASEAN
Perancis mengalu-alukan kemajuan dan inisiatif baharu Malaysia di bawah Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Kuasa pengampunan Agong tiada had - Haniff Khatri
Kuasa mutlak pengampunan sudah wujud di tangan Sultan dan Raja-Raja Melayu, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan lagi, kata peguam Haniff Khatri.
Kedudukan unik Malaysia bantu rangka dasar ekonomi komprehensif, mampan
Malaysia beruntung kerana stabil dari segi politik walaupun mempunyai rakyat yang berbilang budaya, agama dan bangsa.
PM Anwar tiba di London untuk lawatan kerja lima hari
Ini merupakan lawatan rasmi pertama Anwar ke UK sejak menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022.
Pekerja kontrak maut terkena renjatan elektrik ketika pasang talian internet
Seorang pekerja kontrak maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melaksanakan kerja memasang talian internet.
Polis mohon bantuan kesan Hussin Othman
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun yang dilaporkan hilang di Hospital Kuala Lumpur.
Remaja ditahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut
Siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu suspek telah hilang kawalan sebelum terbabas ke jalan bertentangan.
PM Sepanyol cadang cukai 100 peratus ke atas hartanah dibeli oleh bukan warga EU
Langkah yang dianggap "belum pernah berlaku" itu bertujuan menangani kekurangan perumahan di Sepanyol.
Media tonggak utama perkasa visi Kepengerusian ASEAN 2025
Media memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, kata Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri.
ATF: Kukuh pelancongan serantau, jadikan ASEAN destinasi pilihan global
ATF 2025 bertujuan meningkatkan kehadiran pelancong ke ASEAN dengan memupuk rangkaian, perkongsian pengetahuan, dan mempromosikan produk pelancongan serantau.
Malaysia akan mengemudi ketidaktentuan geopolitik raih pelaburan tenaga bersih ASEAN – PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan mengemudi ketidaktentuan geopolitik dengan hemat dalam usaha menjayakan projek-projek peralihan tenaga boleh baharu di rantau ASEAN.
Ringgit diunjur cecah 4.40 berbanding dolar AS menjelang akhir 2025 - Stanchart
Standard Chartered (Stanchart) menjangkakan ringgit mencecah paras 4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2025.
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN sedia peluang perkasa PMKS - Samenta
Peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada tahun ini juga menjadi peluang bagi negara ini menumpukan semula perhatian terhadap 70 juta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang merangkumi 9
ASEAN harus perkukuhkan amalan kemampanan untuk penuhi visi Komuniti ASEAN 2045 - Setiausaha Agung
ASEAN harus memperkukuhkan kepimpinan globalnya dalam amalan kemampanan untuk memenuhi agenda Wawasan Komuniti ASEAN 2045 yang dijangka akan dimuktamadkan semasa pengerusi ASEAN Malaysia tahun ini.
Thailand sokong visi "Keterangkuman dan Kemampanan" ASEAN-Malaysia 2025
Kementerian Luar Thailand menyatakan sokongan penuh terhadap Pengerusi ASEAN 2025 yang digalas Malaysia, menekankan ia sebagai tahun penting dalam proses pembinaan komuniti ASEAN.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati.
ASEAN berpeluang satukan sumber tenaga untuk pembangunan mampan - TPM Fadillah
Menurut Timbalan Perdana Menteri, ASEAN berpotensi besar untuk menggabungkan kelebihan sumber tenaga.
PM tiba di UAE bawa misi ekonomi Malaysia, ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), untuk lawatan rasmi.
Malaysia akan manfaatkan FinTech dalam perjanjian perdagangan ASEAN – Tengku Zafrul
Teknologi kewangan (FinTech) boleh berperanan sebagai instrumen utama dalam semua perjanjian yang ditandatangani antara Malaysia dan ASEAN.