Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan kejadian itu berlaku ketika lelaki berusia 19 tahun itu sedang memasang talian tersebut berhampiran tiang elektrik.
Menurutnya pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.20 petang sebelum lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis bergegas ke tempat kejadian.
"Mangsa telah dihantar ke hospital oleh rakan sekerjanya sebelum ketibaan pasukan bomba dan telah disahkan meninggal dunia di hospital oleh doktor yang bertugas.
"Selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 5.12 petang," katanya.
-- BERNAMA