SANDAKAN: Tindakan pantas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa Filipina mengenai insiden bot karam di perairan negara jiran itu berhampiran sempadan Malaysia, berjaya menyelamatkan semua mangsa, pagi semalam.
Menurut kenyataan ATB 2 di sini pada Jumaat, pasukan tersebut menerusi Radar Stesen Pengawasan Pesisir Pantai (CSS) di Pulau Bakungan Kecil telah mengesan sebuah bot nelayan karam di luar sempadan perairan negara pada 9.50 pagi.
"Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) berpusat di Markas ATB 2 bertindak menyalurkan maklumat kejadian kepada Pusat Pemerintahan Maritim (MCC) Malaysia, yang kemudian menyalurkan maklumat berkenaan kepada MCC Filipina bagi menyelaras operasi menyelamat luar sempadan perairan Malaysia.
"Pada pukul 10.50 pagi, operasi menyelamat telah dilaksanakan oleh Pasukan Marin Filipina dari Pulau Taganak," menurut kenyataan itu.
Menurutnya hasil maklumat daripada MCC Filipina, bot yang didaftarkan sebagai ML RIHANA itu dengan 10 kru bersama seorang tekong, kesemua warga Filipina, telah karam dipercayai akibat kebocoran pada bahagian badan bot kerana pukulan ombak yang kuat, di kedudukan 2.3 batu nautika dari timur laut CSS Pulau Bakungan Kecil.
Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Paus telah diatur gerak ke sekitar lokasi bot nelayan Filipina yang karam itu, bagi tujuan pemantauan dan keselamatan.
Komander ATB 2 Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad menzahirkan ucapan tahniah kepada anggota bertugas di POWB ATB 2 dan radar CSS Pulau Bakungan Kecil atas kejayaan pengesanan bot karam tersebut.
Katanya ini membuktikan sistem radar milik Markas ATB 2 memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan operasi dan keselamatan sempadan perairan pantai timur Sabah berada di tahap tertinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 31 2021

Komander ATB 2 Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad menzahirkan ucapan tahniah kepada anggota bertugas di POWB ATB 2 dan radar CSS Pulau Bakungan Kecil atas kejayaan pengesanan bot karam tersebut.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

2 maut, 12 hilang selepas bot nelayan karam di Pulau Jeju
Daripada 27 kru, 15 berjaya diselamatkan, termasuk dua yang ditemukan tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital berhampiran.

Bot regata karam masih belum ditemukan - Pengarah UKPS
Bot regata yang karam di Sungai Sarawak hingga meragut nyawa lima kakitangan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), masih belum ditemukan.

Bot karam: Operasi SAR hari kedua ditangguh, tiada petunjuk baharu
JBPM telah melakukan 10 selaman setelah mengesan objek di dasar sungai, namun kesemuanya menunjukkan keputusan negatif dengan penglihatan sifar.

Bot lalui lokasi latihan regata perlu perlahankan pergerakan - Polis
Peserta regata turut disaran memakai jaket keselamatan ketika menjalani latihan selain penganjur pertandingan perlu menyediakan bot pengiring.

Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.

Polis nafi bot karam di Pulau Pangkor
Polis menafikan berlakunya kejadian bot pelancong karam di pusat peranginan Pulau Pangkor, seperti yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Bapa mangsa harap bangkai bot dijumpai, yakin anak terperangkap
Dia percaya anak perempuannya terperangkap di dalam satu ruang tertutup di dalam bot berkenaan.

Operasi carilamat mangsa bot karam ditamatkan
Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) dua mangsa bot karam di perairan Kemaman ditamatkan pada 7 malam ini.

Operasi mencari mangsa bot karam diteruskan pagi ini
Operasi yang memasuki hari ketiga akan melibatkan sektor pencarian seluas 407.8 batu nautika termasuk di laut dan udara.

'Pertama kali Aina sertai rombongan, tak sangka bertukar tragedi'- Bapa
Kali terakhir Muhamad Husaini bertemu anaknya, Aina Husna ialah pada Khamis lalu, ketika menemani untuk membeli barangan keperluan mencandat sotong.