ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Ogos 2024.


1. Angka kematian demam Lassa di Nigeria meningkat kepada 163

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Nigeria memaklumkan bahawa wabak demam Lassa terus merebak di 34 negeri dan wilayahnya. 



2. Maduro arah gantung platform X selama 10 hari di Venezuela

Presiden Nicolas Maduro mengarahkan sekatan platform media sosial X di Venezuela selama 10 hari di tengah-tengah protes pilihan raya presiden.


3. Letupan bot di selatan Nigeria ragut 20 nyawa

Sekurang-kurangnya 20 orang terkorban selepas sebuah bot kayu meletup di perairan Bayelsa, selatan Nigeria, menurut polis pada Khamis.


4. PM Jepun batal lawatan ke Asia Tengah dan Mongolia berhubung nasihat gempa bumi besar

Fumio Kishida batalkan lawatan luar negara untuk "beri tumpuan kepada tindak balas kerajaan dan penyebaran maklumat" mengenai potensi gempa bumi besar.


5. Tiada risiko terhadap Adele selepas ancaman serangan kepada Taylor Swift - Polis Jerman

Polis Jerman pada Khamis menyatakan bahawa mereka tidak melihat sebarang risiko yang meningkat terhadap siri konsert Adele yang sedang berlangsung di Munich.


6. Olimpik Paris 2024: Atlet Korea Utara belum terima telefon pintar

Syarikat elektronik Korea Selatan itu menyediakan sebanyak 10,500 unit telefon pintar kepada setiap peserta untuk dibawa pulang.


7. Darurat diisytihar di daerah Lipetsk, Rusia

Gabenor Lipetsk, Igor Artamonov, mengumumkan pemindahan empat komuniti tempatan bagi memastikan keselamatan awam.


8. Rusia kini membenarkan perlombongan kripto

Rusia hari ini secara rasmi membenarkan perlombongan kripto dilakukan tetapi ia hanya dibenarkan kepada syarikat atau entiti Rusia yang berdaftar dengan kerajaan.


9. Rakyat Malaysia di Jepun dinasihatkan jauhi kawasan pantai

Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan oleh gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter pada Khamis.


10. Trump setuju sertai tiga debat pada September, tunggu jawapan Kamala Harris

Trump umum hasratnya untuk tambah dua lagi sesi debat dengan pesaingnya, Harris di stesen televisyen Fox dan NBC.