WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris pada Khamis menyatakan kebimbangannya mengenai keadaan di Semenanjung Gaza kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu semasa pertemuan mereka di Rumah Putih.
"Saya menjelaskan kebimbangan serius saya tentang situasi kemanusiaan yang teruk di sana, dengan lebih dua juta orang menghadapi tahap ketidakamanan makanan yang tinggi dan setengah juta orang menghadapi tahap bencana ketidakamanan makanan akut," Anadolu Agency memetik Harris semasa sidang akhbar selepas pertemuan tertutup dengan Netanyahu," lapor Agensi Anadolu memetik ucapan Harris semasa sidang akhbar selepas pertemuan tertutup dengan Netanyahu.
Pertemuan itu diadakan sehari selepas Netanyahu berucap di hadapan sesi bersama Kongres AS, yang beliau mendakwa bahawa perang di Gaza mempunyai "satu daripada nisbah paling rendah antara pejuang dan korban bukan pejuang dalam sejarah peperangan bandar."
Harris berkata apa yang berlaku di Gaza sepanjang sembilan bulan lepas adalah "kemusnahan."
"Imej kanak-kanak mati dan orang yang terdesak, kelaparan melarikan diri untuk keselamatan, kadangkala dipindahkan untuk kali kedua, ketiga atau keempat.
"Kita tidak boleh berpaling dari tragedi ini. Kita tidak boleh membiarkan diri kita menjadi kebas terhadap penderitaan ini. Dan saya tidak akan berdiam diri," tambahnya.
Dengan kenyataannya, Harris mencerminkan perubahan besar dalam dasar Gaza, sambil mendesak Netanyahu mencapai gencatan senjata di kawasan terkepung itu.
"Terima kasih kepada kepimpinan presiden kita, Joe Biden, terdapat satu perjanjian untuk gencatan senjata dan pertukaran tebusan. Saya baru sahaja memberitahu Perdana Menteri Netanyahu sudah tiba masanya untuk menyelesaikan perjanjian ini," tambahnya.
Pada 31 Mei, Biden berkata Israel membentangkan perjanjian tiga fasa yang akan menamatkan permusuhan di Gaza dan memastikan pembebasan tebusan yang ditahan di kawasan pantai itu. Rancangan itu termasuk gencatan senjata, pertukaran tebusan-tahanan dan pembinaan semula Gaza.
"Mari kita selesaikan perjanjian untuk mendapatkan gencatan senjata bagi menamatkan perang. Mari kita bawa pulang tebusan dan mari kita sediakan bantuan yang sangat diperlukan kepada rakyat Palestin," kata Harris.
Harris juga menekankan bahawa beliau tetap komited ke arah usaha penyelesaian dua negara antara Palestin dan Israel.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024
Harris juga menekankan bahawa beliau tetap komited ke arah usaha penyelesaian dua negara antara Palestin dan Israel. - Foto Reuters
Pesawat SWISS Airbus lakukan pendaratan cemas akibat asap dalam kabin dan kokpit
Pesawat Airbus milik syarikat penerbangan SWISS yang dalam perjalanan dari Bucharest ke Zurich pada Isnin terpaksa melakukan pendaratan cemas.
Sertai Nissan-Honda, Mitsubishi beri kata putus penghujung Jan 2025
Pengumuman ini adalah lanjutan daripada rancangan Nissan dan Honda untuk membentuk syarikat induk gabungan menjelang 2026.
Bonus ASB 2024 catat lebih tinggi dari jangkaan
Menurut Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Nur Azam Anuarul Perai, pencapaian ini bukan sahaja menggambarkan kemampuan pengurus dana ASB dalam memilih pelaburan yang tepat, tetapi juga memperlihatkan kepakaran mereka dalam menguruskan dana dengan cekap dan berkesan.
Doktor pelatih alami tekanan, siapa perlu pantau?
Pengarah hospital disarankan melakukan pemantauan berterusan terhadap setiap ketua unit di hospital, terutamanya apabila terdapat aduan mengenai masalah penyeliaan yang berlaku di antara doktor pakar dan doktor pelatih.
Kerajaan disaran perkenal skim insurans kesihatan nasional
Menurut pakar ekonomi, langkah itu antara lain mampu membantu kerajaan menangani isu kenaikan caj perubatan fasiliti kesihatan swasta dan peningkatan kadar premium insurans kesihatan.
Peruntukan dana Parlimen: Syed Saddiq gagal peroleh kebenaran semakan kehakiman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pihak lain gagal dalam permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pantau Belanjawan: ASB: Bagaimana kadar dividen mencorak pelaburan masa depan?
Permodalan Nasional Berhad (PNB) dijangka akan mengumumkan agihan pendapatan bagi tahun 2024 hari ini. Bagaimana agihan pendapatan ini mencerminkan trend dividen di Malaysia serta mencorak hala tuju pembayaran dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) pada masa hadapan? Kupasan lanjut bersama Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Nur Azam Anuarul Perai.
Honda, Nissan umum pertimbangan untuk gabung syarikat
Kedua-dua syarikat telah memulakan perbincangan untuk mengintegrasikan perniagaan mereka di bawah syarikat induk baharu ini.
AWANI Ringkas: Kemalangan maut ragut tujuh nyawa di Melaka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Mikel Arteta sahkan Arsenal hilang khidmat Bukayo Saka
Jurulatih Arsenal, Mikel Arteta, mengesahkan The Gunners akan beraksi tanpa khidmat Bukayo Saka selama 'beberapa minggu' selepas dia mengalami kecederaan.
Pasca AS Memilih: 'Luar biasa apa anda lakukan', kata Trump pada Prabowo dalam perbualan telefon
Presiden Indonesia Prabowo Subianto pada Isnin menghubungi Presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih, Donald Trump bagi menzahirkan ucapan tahniah atas kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Presiden.
Trump raih kemenangan di Arizona, lengkapkan perebutan di 'swing state'
Donald Trump berjaya memenangi negeri Arizona dalam pilihan raya presiden pada Sabtu, menewaskan pencabarnya dari Parti Demokrat Kamala Harris.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Biden puji Harris 'juara untuk semua rakyat Amerika'
Kisah hidup Harris mencerminkan yang terbaik dari kisah Amerika, kata Biden memuji Naib Presidennya itu.
“Kita mesti terima keputusan pilihan raya ini” - Kamala Harris
Kamala Harris berucap buat pertama kali di alma mater beliau, Howard University, Washington, selepas kalah pada Pilihan Raya Presiden kelmarin.
Harris terima kekalahan, hubungi Trump bincang peralihan kuasa secara aman
Kamala Harris hubungi Donald Trump untuk ucap tahniah selepas pesaingnya itu meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Presiden AS.
A.S. Memilih: Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Trump
Pemimpin-pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald Trump.
A.S. Memilih: Trump isytihar kemenangan
Donald Trump mengisytiharkan kemenangannya selepas beliau mendahului keputusan awal Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024.
A.S. Memilih: Trump berterima kasih kepada rakyat Amerika "dipilih sebagai presiden ke-47"
Calon presiden Republikan AS Donald Trump mengucapkan terima kasih kepada rakyat Amerika Syarikat atas "penghormatan dipilih" ke jawatan tertinggi negara.
Trump, Harris raih kemenangan awal ketika lebih banyak pusat mengundi AS ditutup
Calon Republikan Donald Trump dan pencabarnya dari Demokrat Kamala Harris, memperoleh beberapa kemenangan awal pada petang Selasa.