SWISS, yang dimiliki oleh Lufthansa memaklumkan bahawa pesawat Airbus A220-300 mendarat di Graz, dengan seorang kru kabin dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter, menurut syarikat penerbangan itu.
Secara keseluruhan, lima kru dan 12 penumpang memerlukan rawatan perubatan.
Syarikat penerbangan itu memaklumkan pihaknya sedang "berusaha tanpa henti memberikan penjagaan dan sokongan terbaik kepada penumpang serta kru" dan telah merancang dua penerbangan khas sebagai langkah susulan.
Penerbangan khas pertama dijadualkan berlepas pada Isnin, membawa pasukan bantuan untuk penumpang dan kru, juruteknik, serta pasukan sokongan bagi pihak berkuasa tempatan.
Penerbangan khas kedua akan berlepas dari Graz ke Zurich pada Selasa untuk membawa pulang penumpang yang ingin kembali ke Zurich.
SWISS menegaskan ia kekal berhubung rapat dengan pihak berkuasa dan berusaha mengenal pasti punca insiden itu.
-- BERNAMA