Dengan 11 undi Badan Perwakilan Pemilih Arizona, Trump dari Parti Republikan kini memperoleh 312 undi elektoral.
Harris memperoleh 226 undi elektoral. Pada pilihan raya 2020, Presiden Joe Biden memenangi negeri itu selepas Trump memenanginya pada 2016.
Setakat Sabtu, tiada parti yang berjaya menguasai Dewan Perwakilan, walaupun kedua-duanya membuat kemajuan dalam usaha merebut 218 kerusi yang diperlukan.
Demokrat kini memegang 202 kerusi, manakala Republikan menguasai 213 kerusi di Dewan.
Trump memperoleh kemenangan besar ke atas Harris dalam pilihan raya Selasa lalu, menjadi calon Republikan pertama yang memenangi undi popular dalam tempoh dua dekad.
Republikan juga berjaya memperoleh majoriti yang signifikan di Senat dengan memenangi empat kerusi tambahan, menjadikan jumlah 53 berbanding 45 kerusi yang dipegang Demokrat.
-- BERNAMA