Seramai 538 perwakilan pemilih berkumpul di ibu negeri masing-masing pada Selasa untuk melaksanakan tanggungjawab mereka, mengundi bagi jawatan presiden dan naib presiden selaras dengan kehendak pengundi.
Trump memperoleh 312 undi pemilih, melepasi ambang 270 undi yang diperlukan untuk menang.
Maryland menjadi negeri pertama yang mengundi, memberikan 10 undi pemilih kepada Naib Presiden Kamala Harris.
Hawaii, negeri terakhir yang menyelesaikan proses itu turut memberikan empat undinya kepada Harris.
Semua undi pemilih dari setiap negeri akan dikira dan disahkan semasa sesi bersama Dewan Perwakilan dan Senat pada 6 Jan.
Selepas proses itu, Trump dan Vance dijangka mengangkat sumpah jawatan pada 20 Jan dan secara rasmi memulakan tugas mereka sebagai Presiden dan Naib Presiden Amerika Syarikat.
-- BERNAMA