"Terdapat perbincangan mendalam dengan pegawai pilihan raya di sini bersama dengan pihak berkuasa di Madison serta peguam kami dan demi memastikan tiada sebarang keraguan, bahagian proses ini akan diulang," kata jurucakap bandar Milwaukee, Jeff Fleming, dipetik oleh CNN.
Beliau berkata bahawa masalah mesin itu berpunca daripada kesilapan manusia dan menegaskan bahawa tiada bukti berlaku sebarang campur tangan.
Fleming menjelaskan bahawa semua mesin pengiraan akan diset semula kepada sifar, dan kertas undi akan diimbas semula melalui mesin.
Beliau turut menyatakan bahawa proses ini mungkin akan memanjangkan tempoh pengiraan beberapa jam lagi.
Jutaan rakyat Amerika keluar mengundi pada Selasa untuk memilih presiden AS ke-47, dengan bekas Presiden Donald Trump menentang pencabar dari Demokrat, Naib Presiden Kamala Harris.
-- BERNAMA