"Saya dengan bangga mengesahkan bahawa Naib Presiden Harris memperoleh lebih daripada undian majoriti daripada semua perwakilan...
"Anda mengembalikan petisyen pencalonan dengan cepat. Anda menyuarakan pendapat anda dengan jelas. Kita tidak akan berpatah balik. Kita perlu menghantar Kamala Harris ke Rumah Putih.
"Anda menunjukkan dedikasi dan komitmen anda terhadap proses ini," kata Harrison menerusi satu panggilan video, menurut beberapa media Amerika Syarikat.
Pengumuman ini dibuat sebelum Konvensyen Nasional Demokrat (DNC) yang akan diadakan di Chicago dari 19 hingga 22 Ogos, lapor Agensi Anadolu.
Harris memperoleh lebih 2,350 undian bagi pencalonan itu, kurang dua minggu selepas Biden menarik diri daripada pemilihan presiden 2024 dan menyokong Harris sebagai calon Demokrat.
Pengundian maya DNC untuk 4,700 perwakilan bermula pada 9 pagi waktu tempatan pada Khamis dan akan berakhir pada Isnin, 5 Ogos pada 6 petang.
-- BERNAMA