ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Ogos 2023.


1. Pilihan Raya AS: Gandingan Kamala Harris, Tim Walz buat penampilan sulung

Calon presiden Parti Demokrat Kamala Harris dan gandingannya yang baru dipilih, Gabenor Minnesota Tim Walz membuat penampilan sulung.



2. Rusuhan di UK wajar dijadikan pengajaran kepada Malaysia - Fahmi

Kejadian itu memberi kesedaran kepada negara bahawa masalah penyebaran berita palsu tidak boleh ditangani secara sambil lewa.


3. PM UK jangkakan perusuh dijatuhi hukuman menjelang akhir minggu ini

Starmer menjangka mereka terlibat rusuhan yang berlaku selepas serangan tikaman di Southport dijatuhi hukuman menjelang akhir minggu ini.


4. Lelaki ada hubungan dengan Iran rancang pembunuhan ahli politik di AS

Seorang lelaki Pakistan yang dipercayai mempunyai hubungan dengan Iran didakwa atas tuduhan merancang pembunuhan seorang ahli politik atau pegawai kerajaan di Amerika Syarikat (AS).


5. Sembilan dikhuatiri terperangkap selepas hotel runtuh di Jerman

Sembilan dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan selepas sebahagian bangunan sebuah hotel di Rhineland-Palatinate, Jerman runtuh.


6. SEZ Thailand: Malaysia cadang penglibatan swasta, syarikat pemula - Anwar

Malaysia mencadangkan kepada Thailand agar melibatkan sektor swasta dan syarikat pemula dalam penubuhan Zon Ekonomi Khas (SEZ).


7. Rakyat Britain sokong penglibatan tentera bagi hentikan rusuhan - Tinjauan

Sekitar 62 peratus rakyat Britain menyokong penglibatan tentera untuk menghentikan rusuhan yang tercetus minggu lalu.


8. X saman pengiklan, dakwa boikot sebabkan pendapatan menjunam

Nasib platform ini semakin tenat dengan pendapatan pengiklanan menjunam 40% dalam tempoh enam bulan pertama berbanding tahun sebelumnya.


9. PM Romania ancam boikot upacara penutup Sukan Olimpik

Marcel Ciolacu meluahkan kemarahan terhadap apa yang dikatanya sebagai 'situasi memalukan' melibatkan Ana Barbosu dan Sabrina Voinea.


10. Pemenang Hadiah Nobel Muhammad Yunus ketuai kerajaan peralihan Bangladesh

Keputusan untuk membentuk kerajaan sementara dibuat selepas perbincangan antara Shahabuddin, penyelaras dan pemimpin tentera.