SINGAPURA: Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong pada Selasa membentangkan belanjawan negara yang disasarkan untuk membina keupayaan republik itu serta merebut peluang dalam era baharu pembangunan global.
Wong berkata belanjawan tahun ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk melakar hala tuju baharu Singapura dan ia tertumpu kepada tiga teras utama untuk menjamin masa depan dalam era baharu.
Menurutnya, di bawah teras utama pertama "mengembangkan ekonomi dan mempersiapkan tenaga kerja" Singapura akan menggandakan usahanya untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi.
"Kita akan menumpukan kepada sektor pertumbuhan yang mana kita boleh lebih berdaya saing," katanya semasa membentangkan Penyata Belanjawan bertemakan "Melangkah Ke Hadapan dalam Era Baharu", di Parlimen, Selasa.
Beliau berkata Singapura bukan sahaja menerajui pusat kewangan antarabangsa di Asia tetapi juga merupakan hab dagangan global dengan kekuatan dalam pengangkutan dan logistik.
"Kita juga ada sektor pembuatan yang kukuh yang disokong oleh segmen utama seperti elektronik, kimia dan sains bioperubatan.
"Ciri-ciri dan kekuatan ini akan membolehkan kita menarik lebih banyak syarikat multinasional untuk membuka pejabat serantau atau malahan operasi global dan ibu pejabat mereka di Singapura," katanya.
Dengan lebih banyak aktiviti bernilai tinggi dan fasiliti yang terbaik berpangkalan di sini. Wong berkata Singapura akan dapat membina keupayaan baharu, membangunkan industri utama dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Dua teras utama lain untuk menjamin masa depan dalam era baharu lain adalah "mengukuhkan impak sosial dan membina negara berdaya tahan."
Bagi tahun kewangan 2023, republik itu menjangkakan defisit kecil sebanyak S$0.4 bilion (S$1=RM3.27) atau 0.1 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).
Menyentuh mengenai keseluruhan defisit bagi Tahun Kewangan 2023, Wong berkata "Ia sesuai bagi unjuran ekonomi tahun ini".
Dalam lampiran yang dikeluarkan kepada media menunjukkan bahawa hasil operasi bagi 2023 dianggarkan sebanyak S$96.70 bilion berbanding unjuran jumlah perbelanjaan sebanyak S$104.15 bilion.
Bagi cukai korporat, Wong berkata sistem cukai korporat republik itu akan terjejas oleh inisiatif Base Erosion and Profit Shifting (BEPS) 2.0 Pillar 2 yang mana kadar cukai efektif minimun global 15 peratus bagi kumpulan syarikat multinasional akan diperkenalkan.
"Beberapa parameter utama Pillar 2 hanya dimuktamadkan tahun ini manakala yang lain masih sedang dibincangkan di peringkat antarabangsa," katanya sambil menambah memandangkan peraturan akan dilaksanakan secara progresif, kesan penuhnya hanya akan dapat dilihat pada 2025 atau kemudiannya.
Berikutan perkembangan ini, Wong berkata kementerian itu berhasrat untuk melaksanakan Pillar 2 bermula 2025, sebagai sebahagian daripada langkah antarabangsa untuk menyelaraskan kadar cukai korporat bagi kumpulan syarikat multinasional.
Selain itu, menteri kewangan juga mengumumkan pelarasan selanjutnya kepada sistem cukai republik itu antara lainnya, Duti Setem Pembeli atau rejim BSD, bagi pembelian atau atau penerimaan hartanah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2023
![Belanjawan 2023 untuk bina keupayaan Singapura dan merebut peluang baharu - Lawrence Wong Belanjawan 2023 untuk bina keupayaan Singapura dan merebut peluang baharu - Lawrence Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676409567_SingaporeCostofl.jpg)
Wong membentangkan Penyata Belanjawan bertemakan 'Melangkah Ke Hadapan dalam Era Baharu', di Parlimen Singapura pada Selasa. - Facebook LAwrence Wong
![Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739181445_TBDOSM.jpg)
Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion
Nilai kerja pembinaan yang dilakukan di Malaysia pada 2024 meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM158.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
AWANI 7:45 [10/2/2025] – Lebih 15 bulan perang di Gaza| Demi masa depan Palestin| Insiden tembakan di pusat beli-belah| Apa nasib pekerja?
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya
1. Turkiye tuntut Israel bayar pampasan USD100 bilion kepada Gaza.
3. Malaysia hormat ketegasan Erdogan tuntut keadilan Palestin.
2. Ledakan AI, pemimpin dunia dan syarikat teknologi bincang masa depan pekerja.
4. Latihan polis bantuan ditingkat, cabaran keselamatan semasa.
1. Turkiye tuntut Israel bayar pampasan USD100 bilion kepada Gaza.
3. Malaysia hormat ketegasan Erdogan tuntut keadilan Palestin.
2. Ledakan AI, pemimpin dunia dan syarikat teknologi bincang masa depan pekerja.
4. Latihan polis bantuan ditingkat, cabaran keselamatan semasa.
![Polis Pahang rampas dadah bernilai lebih RM8 juta Polis Pahang rampas dadah bernilai lebih RM8 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739188040_TBdadah.jpg)
Polis Pahang rampas dadah bernilai lebih RM8 juta
Polis berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 275.47 kilogram bernilai lebih RM8 juta serta menahan dua lelaki disyaki mengedar bahan terlarang itu.
AWANI Ringkas: 9 kebakaran di Kupang dan Baling akibat khianat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Gara-gara cemburu, kekasih 'kantoikan' teman lelaki miliki pistol, 30 peluru Gara-gara cemburu, kekasih 'kantoikan' teman lelaki miliki pistol, 30 peluru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739197051_TBcemburu.jpg)
Gara-gara cemburu, kekasih 'kantoikan' teman lelaki miliki pistol, 30 peluru
Sepasang kekasih ditahan kerana memiliki sepucuk pistol bersama 30 butir peluru di sebuah kondominium di Taman Cempaka, di sini, pada Sabtu.
![Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus catat trend penurunan Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus catat trend penurunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739196996_TBbanjir.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus catat trend penurunan
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus menunjukkan trend penurunan, dengan 2,039 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi berbanding 2,483 mangsa petang tadi.
Consider This: Parliamentary Reform (Part 1) — Reviving the Parliamentary Services Act
In 1992, the Malaysian government under Prime Minister Mahathir Mohamad, repealed the Parliamentary Services Act—placing Parliament services under the jurisdiction of the Prime Minister’s Department. Now, the current government has promised to table a new PSA in this parliamentary session, to restore Parliament’s independence. What does a truly independent and effective parliament look like—and why should it matter to you? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Thomas Fann, Founding Member of Projek SAMA, and former chairperson of BERSIH.
AWANI Tonight: Govt to revoke Ramadan bazaar licences if traders sell them
The government is cracking down on the illegal sale of Ramadan bazaar licences, warning that violators will face immediate revocation.
AWANI Tonight: Trump to announce 25% steel, aluminium tariffs
U.S. President Donald Trump will impose 25% tariffs on all steel and aluminium imports, while warning of retaliatory tariffs on countries that impose duties on American goods. Donald Trump, steel, aluminium, tariff
Consider This: Parliamentary Reform (Part 2) — Reviving the Parliamentary Services Act
In 1992, the Malaysian government under Prime Minister Mahathir Mohamad, repealed the Parliamentary Services Act—placing Parliament services under the jurisdiction of the Prime Minister’s Department. Now, the current government has promised to table a new PSA in this parliamentary session, to restore Parliament’s independence. What does a truly independent and effective parliament look like—and why should it matter to you? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Maha Balakrishnan is a Parliamentary and Institutional Development Specialist and Member of the All-Party Parliamentary Group on Integrity, Governance & Anti-Corruption.
![PM Singapura tubuh Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya PM Singapura tubuh Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735280342_tbLawrenceWong.jpg)
PM Singapura tubuh Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya
Ini sekaligus merupakan satu petunjuk pilihan raya umum di negara itu mungkin diadakan tidak lama lagi.
![Hasil lawatan PM Singapura ke Malaysia perkukuh hubungan dua hala - Fahmi Hasil lawatan PM Singapura ke Malaysia perkukuh hubungan dua hala - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736339439_TBFAHMI.jpg)
Hasil lawatan PM Singapura ke Malaysia perkukuh hubungan dua hala - Fahmi
Hasil lawatan kerja dua hari Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong ke Malaysia yang berakhir semalam, memperkukuh hubungan dua hala dan memberi lonjakan untuk pertumbuhan ekonomi.
![PM Singapura berlepas pulang PM Singapura berlepas pulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736241053_LawrenceWong.jpg)
PM Singapura berlepas pulang
Wong diberikan upacara pelepasan permaidani merah dan kawalan kehormatan setempat oleh pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
![Isu berlarutan: Malaysia, Singapura terus berbincang, cari penyelesaian holistik - PM Isu berlarutan: Malaysia, Singapura terus berbincang, cari penyelesaian holistik - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736228242_LawrenceWong.jpg)
Isu berlarutan: Malaysia, Singapura terus berbincang, cari penyelesaian holistik - PM
Anwar berkata, kerumitan isu-isu tersebut menuntut pendekatan yang lebih holistik dan komprehensif untuk menanganinya.
![Anwar rai rakan sejawat Lawrence Wong dalam majlis makan tengah hari Anwar rai rakan sejawat Lawrence Wong dalam majlis makan tengah hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736230824_LawrenceWong.jpg)
Anwar rai rakan sejawat Lawrence Wong dalam majlis makan tengah hari
Sebagai jiran rapat dan anggota pengasas ASEAN, Malaysia dan Singapura mempunyai hubungan yang lama, luas, dan pelbagai bidang.
![Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura unik, kerjasama dua negara tarik pelaburan global - PM Anwar Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura unik, kerjasama dua negara tarik pelaburan global - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736228242_LawrenceWong.jpg)
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura unik, kerjasama dua negara tarik pelaburan global - PM Anwar
Kedua-dua pemimpin menyaksikan pertukaran Perjanjian Bersama JS-SEZ, enam memorandum persefahaman (MoU), dan satu surat niat (LOI) mengenai pelbagai bidang.
![Perdana Menteri Singapura diberi sambutan rasmi Perdana Menteri Singapura diberi sambutan rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736227124_TBWONGANWAR.jpg)
Perdana Menteri Singapura diberi sambutan rasmi
Ketibaannya disambut Anwar pada jam 9.50 pagi tadi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
![Agong terima menghadap PM Singapura di Istana Negara Agong terima menghadap PM Singapura di Istana Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736219067_YangdiPertuanAgon.jpg)
Agong terima menghadap PM Singapura di Istana Negara
Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung di Dewan Seri Mahkota kira-kira satu jam itu, Mohamad Hasan dan Zambry Kadir.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726743122_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.50 mata kepada 1,630.96 daripada 1,629.46 pada Jumaat lepas.
![PM Singapura adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula esok PM Singapura adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735277784_tbLawrenceWong.jpg)
PM Singapura adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula esok
Lawatan ini bertepatan dengan Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-11 (ALR) yang dijadualkan pada 7 Januari 2025.