Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa berkurangan kepada 1,047 orang daripada 325 keluarga berbanding 1,197 orang daripada 373 keluarga.
Seramai 685 orang ditempatkan di tiga PPS yang beroperasi di Beaufort, 260 orang di dua PPS daerah Kinabatangan, manakala 102 orang di sebuah PPS daerah Membakut.
Kenyataan itu menyebut 18 kampung terjejas melibatkan 13 di Membakut, tiga di Beaufort dan dua di Kinabatangan.
Di SARAWAK, jumlah mangsa menurun kepada 992 yang ditempatkan di sembilan PPS berbanding 1,286 orang.
Sekretariat Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan Mukah mencatatkan jumlah mangsa teramai dengan 438 orang diikuti Miri (277), Bintulu (274) dan Sibu (tiga).
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)