Sekurang-kurangnya 29 dilaporkan maut dalam banjir kilat di Pakistan.

Sebahagian besar mangsa dikatakan meninggal dunia selepas kediaman mereka runtuh. Bagaimanapun laporan tidak rasmi mendakwa jumlah korban lebih tinggi dan melebihi 40 nyawa.

Peshawar antara kawasan yang teruk terjas berikutan banjir tersebut.

Menurut jurucakap bencana di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, kejadian turut menyebabkan 75 yang lain cedera selepas hujan lebat meruntuhkan kediaman mereka.

Hujan yang turun sejak Isnin lalu menyebabkan lebih 1400 kediaman di kawasan berkenaan rosak.

Arus deras turut menyebabkan tiang elektrik tumbang dan menjejaskan sistem sistem komunikasi.