KUALA LUMPUR: Unjuran rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) antara 6.0 peratus hingga 7.5 peratus yang disasarkan bagi 2021 akan diteliti semula, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata penelitian semula itu akan mengambil kira senario ancaman pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara yang sedang dijalankan sekarang dan unjuran baharu akan diumumkan pada 13 Ogos depan bersempena dengan pengumuman prestasi suku kedua KDNK negara.
"Kita jangka angka-angka ini akan diteliti. Mungkin selepas ini kita akan lihat apakah kesan akibat penularan COVID-19 kepada ekonomi dengan lebih komprehensif.
"Terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang terkesan pada masa ini terutamanya yang berkaitan dengan perkhidmatan, rekreasi, pelancongan dan pembinaan," katanya pada sidang media maya mengenai Prestasi Ekonomi Mengikut Negeri 2020, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Mohd Uzir berkata terdapat banyak peluang dalam sektor pertanian seperti penanaman buah-buahan, sayur-sayuran, penternakan serta perikanan yang boleh diambil kesempatan susulan peningkatan permintaan di peringkat dunia.
Namun begitu terdapat kekangan dari segi kekuatan dan kelancaran pengeluaran sektor tersebut, katanya.
Justeru, katanya, teknik-teknik pengeluaran perlu dipertingkatkan lagi bagi membantu melonjakkan sektor pertanian.
Beliau menyarankan negeri-negeri yang sedang berusaha untuk memulihkan ekonomi masing-masing agar mencari jalan bagaimana boleh meningkatkan sektor pertanian dari aspek pengeluaran dan pemasaran yang melibatkan pertanian moden.
Mohd Uzir berkata, pada 2020, prestasi ekonomi semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan (WP) mencatatkan pertumbuhan KDNK negatif.
Namun begitu, katanya, berapa negeri masih mampu merekodkan pertumbuhan positif bagi sektor pertanian, iaitu Melaka yang berkembang 3.7 peratus, Johor (3.1 peratus), Pahang (1.6 peratus), Perak (1.4 peratus), Selangor (0.3 peratus) dan Kelantan (0.2 peratus).
Aktiviti tanaman yang dipelopori oleh kelapa sawit dan sayur-sayuran merupakan antara pendorong utama kepada pertumbuhan positif sektor pertanian di negeri tersebut, tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 29 2021
Mohd Uzir berkata, pada 2020, prestasi ekonomi semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan (WP) mencatatkan pertumbuhan KDNK negatif. - Gambar hiasan
Lapangan terbang di Los Angeles terjejas akibat kebakaran di selatan California
Beberapa lapangan terbang dan destinasi pelancongan di kawasan Los Angeles serta bahagian lain di selatan California terjejas akibat kebakaran hutan dan angin kencang.
MOTAC anjur sesi libat urus dengan pemain industri sempena kempen VM2026
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya, Tourism Malaysia, telah mengadakan sesi libat urus bersama pemain dan pemegang taruh industri pelancongan Wilayah Tengah, hari ini.
Dakwaan rasuah: Masidi Manjun tetap fokus jalankan tanggungjawab kepada rakyat
Masidi berkata beliau memilih untuk memberi fokus kepada tugasan dan tanggungjawabnya.
Bekas pengurus besar PPNT gagal rayuan ketepikan sabitan guna resit palsu
Seorang bekas pengurus besar Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) hari ini gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan sabitan mengemukakan resit palsu.
Perdana Menteri Jepun tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari.
Pantau Agenda Reformasi: Masa depan ekonomi Malaysia (Forum Ekonomi Malaysia)
Datuk Dr Madeline Berma, Felo Kehormat, Institut Masa Depan Malaysia
Jurugambar hadap pertuduhan serang dua pereka fesyen tempatan
Seorang lelaki bakal dihadapkan ke mahkamah esok atas pertuduhan menyerang dan mendatangkan kecederaan kepada dua orang lelaki di Hotel Avante, Petaling Jaya di sini, pada Rabu.
Polis nyahaktif objek menyerupai bahan letupan di Sungai Pinang
Polis menyahaktifkan objek mencurigakan menyerupai bahan letupan yang ditemukan di tepi jalan di Lebuh Sungai Pinang 7, hari ini.
KPT bangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa
KPT akan membangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa untuk memastikan sijil yang dihantar melalui permohonan adalah sahih dan setaraf dengan kelayakan masuk.
Harga hartanah di Lembah Klang dijangka naik 4 peratus pada 2025
Peningkatan harga didorong oleh kekurangan tanah di kawasan tersebut, selain kenaikan kos bahan mentah.
KSI unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.9 peratus pada 2025
Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan sederhana sekitar 4.9 peratus pada 2025, dengan mengambil kira kesan dasar domestik dan cabaran luar.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Jumaat, disokong oleh prestasi negara serantau yang bertindak balas terhadap prospek ekonomi China yang positif, kata seorang peniaga.
KDNK Malaysia diunjur naik 4.9 peratus pada 2025 - Firma penyelidikan
Unjuran ini menandakan penyederhanaan daripada pertumbuhan sebanyak 5.2 peratus dicatatkan pada sembilan bulan pertama 2024.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah ditutup bercampur-campur pada Selasa, berikutan sentimen pasaran terjejas oleh harga minyak mentah yang merosot.
Pahang catat KDNK melebihi pertumbuhan nasional dua tahun berturut-turut
Pahang merekodkan pertumbuhan KDNK 10.8 peratus berbanding purata nasional iaitu 8.7 peratus pada 2022.
Industri Landskap Negara disasar sumbang RM40 bilion KDNK menjelang 2035 - Nga
Nga Kor Ming berkata sasaran itu diletakkkan selepas melihat industri landskap negara kini yang bernilai RM4 bilion.
Malaysia bakal raih manfaat daripada tarif meluas AS - Marc Ratings
Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada tarif meluas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS), sekurang-kurangnya dalam masa terdekat, demikian menurut MARC Ratings Bhd.
Nilai tambah KDNK sektor pembuatan naik 5.5 peratus suku ketiga 2024 - MITI
Nilai tambah Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi sektor pembuatan meningkat kepada RM97.4 billion pada suku ketiga 2024.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Malaysia di landasan tepat kurangkan kadar defisit secara konsisten - Amir Hamzah
Malaysia berada pada landasan yang betul dalam mengurangkan kadar defisit secara konsisten, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.