"Penurunan seterusnya turut dihadkan oleh prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur, kebimbangan mengenai bekalan getah asli yang terhad akibat cuaca buruk di Thailand dan Malaysia serta keyakinan yang meningkat terhadap penurunan kadar faedah AS," katanya kepada Bernama.
Pada masa ini, harga minyak mentah Brent merosot 0.85 peratus kepada US$73.28 setong.
Pemimpin tertinggi China dilaporkan bersetuju untuk menaikkan defisit belanjawan negara kepada empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2025, selaras dengan pelan untuk dasar fiskal yang lebih proaktif bagi menyokong pertumbuhan ekonomi, katanya.
Menurut Lembaga Getah Malaysia, harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) susut setengah sen kepada 895.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat tiga sen kepada 711.5 sen sekilogram.
Pada 5 petang, SMR 20 mencatatkan 894.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 714.0 sen sekilogram.
-- BERNAMA