PERLAWANAN di antara Everton dan Liverpool yang patut berlangsung pada Sabtu ditunda berikutan cuaca buruk.

Langkah itu diambil selepas perbincangan di Goodison Park yang melibatkan Kumpulan Penasihat Keselamatan.

Ribut Darragh menyebabkan angin kencang yang turut menimbulkan isu pengangkutan ke sekitar Merseyside.