PSV EINDHOVEN 3 LIVERPOOL 2

Liverpool menamatkan saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) di kedudukan teratas carta walaupun kehilangan rekod sempurna tanpa kalah dalam kejohanan itu susulan ditewaskan PSV Eindhoven 3-2 di Stadium Philips, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Arne Slot hanya memerlukan satu mata untuk menamatkan saingan di puncak carta liga, dengan keputusan seri 2-2 Barcelona berdepan Atalanta menyaksikan The Reds muncul pendahulu dalam kejohanan itu.

Cody Gakpo menjaringkan gol pembukaan terlebih dahulu selepas Federico Chiesa dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Joey Veerman, sebelum Johan Bakayoko menjaringkan gol penyamaan selang tujuh minit kemudian untuk kedudukan 1-1.

Begitupun, Liverpool sekali lagi mendahului apabila sepakan deras Chiesa ditepis untuk memberikan peluang buat Harvey Elliott menewaskan Walter Benitez dan meletakkan namanya seelaku penjaring kedua pasukan pelawat.

Selang lima minit kemudian, Ismael Saibiri, menyamakan kedudukan untuk menewaskan Caoimhin Kelleher, dan Ricardo Pepi memastikan PSV mendahului buat kali pertama untuk menutup babak pertama dengan mendahului 3-2.

PSV berjaya mempertahakan kedudukan itu untuk meraih tiga mata penuh menewaskan Liverpool sekali gus mendaki ke tangga ke-14 liga, dan akan berdepan AC Milan dalam pusingan kalah mati nanti. - Stadium Astro