BENFICA 0 BARCELONA 1

Barcelona melakar kemenangan tipis dalam kempen pusingan 16, Liga Juara-Juara UEFA (UCL) selepas menewaskan Benfica 1-0 walaupun beraksi dengan 10 pemain di tempat lawan, awal pagi tadi.

Bekas penyerang Sporting CP, Raphinha, menjaringkan gol pada minit ke-61 selepas kesilapan pertahanan pasukan tuan rumah yang gagal menghantar bola dengan kemas.

Begitupun, anak buah Hansi Flick terpaksa akur beraksi dengan 10 pemain selepas Pau Cubarsi dilayangkan kad merah atas tindakannya melakukan kekesaran terhadap pemain lawan.


Untuk rekod, Raphinha telah melakukan 20 penglibatan jaringan dalam UCL sepanjang kariernya daripada 21 perlawanan dengan rekod 12 gol dan lapan bantuan jaringan.

Malah, Cubarsi merupakan pemain termuda yang pernah diturunkan dalam aksi pusingan kalah mati UCL iaitu pada usia 18 tahun dan 42 hari.

Kedua-dua pasukan akan membuat perhitungan sekali lagi pada 12 Mac ini.