BARCELONA: Sekali lagi Barcelona, Sepanyol menjadi tumpuan lebih 100,000 peneraju industri global, penggerak teknologi dan orang ramai untuk berkumpul dan menyaksikan inovasi terkini dalam ketersambungan mudah alih pada Mobile World Congress (MWC) atau Kongres Dunia Mudah Alih 2024 di Fira Gran Via.
Barcelona akan menyaksikan ratusan perbincangan, rangkaian, forum dan demonstrasi untuk mereka yang terlibat dalam teknologi mudah alih pada MWC 2024 selama empat hari yang dianjurkan oleh Groupe Speciale Mobile Association (GSMA) yang akan berlangsung dari 26 hingga 29 Feb ini.
Acara terbesar dan paling berpengaruh untuk ekosistem ketersambungan itu juga akan mengumpulkan ribuan eksekutif kanan daripada syarikat global terkemuka, kerajaan dan perniagaan teknologi untuk membuat keputusan dalam bidang teknologi.
Menurut GSMA, acara bertemakan Future First, dibentuk oleh enam subtema yang mencerminkan teknologi terkini iaitu 5G and Beyond, Connecting Everything, Humanising Artificial Intelligence (AI), Manufacturing DX, Game Changers dan Our Digital DNA.
Edisi MWC Barcelona tahun ini menurutnya, menandakan 18 tahun organisasi global membawa acara perdana itu ke bandar Barcelona.
GSMA turut memaklumkan dua penceramah baharu akan menyertai acara tahun ini iaitu Pengerusi Bersama Lembaga Penasihat AI (Kecerdasan Buatan) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Carme Artigas dan pemenang Hadiah Nobel dalam Fizik 2010 Konstantin Sergeevich Novoselov.
Selain itu, makanan autentik, ruang hiburan, pengalaman budaya untuk pengunjung juga akan menyerikan lagi MWC 2024.
Dilaporkan bahawa Malaysia turut mewujudkan "Malaysian Pavilion" pada MWC 2024 dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dijangka berkongsi kejayaan negara dalam menerajui pelaksanaan rangkaian 5G dalam ucaptama beliau.
Penceramah Malaysia termasuk Ketua Pegawai Teknologi dan Inovasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Shamsul Izhan Abdul Majid, Penjaga Penyelesaian Teknikal Kumpulan Petronas (Ketua Instrumen dan Kawalan) Mohd Faizal Ghazali dan pensyarah Universiti Multimedia Dr Bahma Sivasubramaniam juga akan berkongsi idea di pentas global itu.
GSMA ialah organisasi global yang menyatukan ekosistem mudah alih untuk menemukan, membangunkan dan menyampaikan inovasi asas kepada persekitaran perniagaan yang positif dan perubahan masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 24 2024
Barcelona akan menyaksikan ratusan perbincangan, rangkaian, forum dan demonstrasi untuk mereka yang terlibat dalam teknologi mudah alih pada MWC 2024. - Bernama
#AWANIRingkas 20 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 20 November 2024
1️⃣ SPRM sahkan bekas CEO SMM dirakan percakapan
2️⃣ Kerajaan tidak cadang tarik subsidi
3️⃣ Kakitangan AeroDarat digantung tugas sementara
#awaniringkas
1️⃣ SPRM sahkan bekas CEO SMM dirakan percakapan
2️⃣ Kerajaan tidak cadang tarik subsidi
3️⃣ Kakitangan AeroDarat digantung tugas sementara
#awaniringkas
Mahkamah benarkan Imran Khan diikat jamin dalam kes rasuah, keluarkan perintah pembebasannya
Sebuah mahkamah tinggi Pakistan pada Rabu membenarkan bekas Perdana Menteri Imran Khan yang sedang dipenjarakan atas tuduhan rasuah diikat jamin dan mengeluarkan perintah pembebasannya.
COP29: Perumahan kalis perubahan iklim dibincangan
Dzulfitri Yusop membawakan perkembangan Persidangan COP29 dari Baku, Azerbaijan yang antara intipati perbincangan menyentuh mengenai aspek perumahan kalis perubahan iklim.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun
Kesemua mangsa di Dungun, Setiu dan Hulu Terengganu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan air telah surut.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Agenda AWANI: KPDN | Kita gempur!
Apakah strategi dan komitmen dalam membanteras penyelewengan dan ketirisan barang subsidi dan kawalan serta manipulasi dalam aktiviti perniagaan? Diskusi bersama Datuk Azman Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
SDG dijangka jadi sebahagian indeks penarafan bintang PBT - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata bermula tahun 2025, Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dijangka akan menjadi sebahagian daripada indeks penarafan bintang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara. Jelasnya, tumpuan akan diberikan kepada usaha PBT untuk memenuhi SDG 11 berkaitan pembangunan bandar yang mampan. #AgendaAWANI
SDG dijangka jadi sebahagian indeks penarafan bintang PBT - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata bermula tahun 2025, Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dijangka akan menjadi sebahagian daripada indeks penarafan bintang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara. Jelasnya, tumpuan akan diberikan kepada usaha PBT untuk memenuhi SDG 11 berkaitan pembangunan bandar yang mampan. #AgendaAWANI
4,633 laporan manipulasi aktiviti perniagaan, barang kawalan diterima melalui KITA GEMPUR – KP Penguat Kuasa KPDN
Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata inisiatif KITA GEMPUR yang digerakkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) telah mengumpul 4,633 aduan dalam tempoh sebulan pelaksanaannya. Jelasnya, ini merupakan peningkatan sekitar 23 peratus berbanding sebelum kempen ini dijayakan yang menggembleng penyertaan orang awam. #AgendaAWANI.
Salur maklumat rakyat miskin, miskin tegar kepada kerajaan Sabah - Hajiji
Satu sesi libat urus Sekretariat SMJ bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti bukan kerajaan akan dilaksanakan pada 28 Nov ini.
Penenun dari Sarawak tidak sangka dapat ke Barcelona dengan songket tenunannya
Ramtiniwaiti Ramlee, 38, bangga apabila mendapat jemputan daripada Nadi untuk mewakili negara di ibu kota wilayah Catalonia.
Barcelona jadi tumpuan 100,000 pemain industri teknologi global pada MWC 2024
Barcelona akan menyaksikan ratusan perbincangan, rangkaian, forum dan demonstrasi untuk mereka yang terlibat dalam teknologi mudah alih pada MWC 2024.
Barisan kejurulatihan Harimau Malaya buat lawatan teknikal ke Sepanyol
Kunjungan tersebut memberi peluang buat mereka menyaksikan sesi latihan pasukan utama FC Barcelona dan melawat fasiliti latihan kelab berkenaan.
Shakira 'diserang' babi hutan ketika berjalan bersama anak di Barcelona
Shakira merupakan mangsa terkini tabiat agresif babi hutan yang semakin 'menakluki' bandar raya itu.
UCL: Pemain Barcelona lain akan menyerlah tanpa Messi - Nagelsmann
Nagelsmann tidak percaya perpindahan Messi ke PSG sama sekali akan melemahkan Barca memandangkan masih ramai lagi pemain berkaliber.
Lionel Messi kini ejen bebas
Kontrak pemain itu berakhir semalam, di tengah spekulasi mahu meninggalkan Camp Nou yang dia panggil rumah sejak tahun 2000.
Kumpulan raver Barcelona nikmati muzik acara disko senyap, tetap jaga penjarakan fizikal
Para penggemar muzik itu menyambut hari pertama musim bunga dengan memakai set fon kepala seterusnya memulakan aksi gerak tari masing-masing.
Salah mahu kekal di Liverpool selama mungkin
Penyerang itu masih mempunyai kontrak bersama Liverpool sehingga 2023.
Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT tekad bangkit cemerlang di Catalunya GP
Quartararo yakin untuk sekali lagi mempamerkan persembahan memberangsangkan.
Messi ke Bayern? Kami tak mampu dapatkannya - Rummenigge
Messi, 33, kelihatan akan meninggalkan skuad Blaugrana itu selepas 19 tahun bersama kelab berkenaan.