BARCELONA: Penggemar muzik raver di Barcelona telah menemui cara terbaik untuk melepaskan keinginan berpesta dan menari dalam tempoh ancaman COVID-19 masih belum dapat ditangani sepenuhnya.
Reuters melaporkan, kumpulan raver berkenaan menganjurkan acara disko senyap di beberapa lokasi tertentu di sekitar kota itu.
Pada Ahad lalu, para penggemar muzik itu menyambut hari pertama musim bunga dengan memakai set fon kepala seterusnya memulakan aksi gerak tari masing-masing dengan bebas di kawasan pantai Mar Bella, iaitu sebuah kawasan pesisiran laut yang terkenal di Barcelona.
Semua itu dilakukan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal.
"Ini menakjubkan. Sangat cool. Saya tidak menjangka acara ini mendapat sambutan menggalakkan.
“Pada mulanya, agak janggal untuk menari di tengah-tengah kota Barcelona dengan orang awam yang berhenti untuk menyaksikan aksi kami. Tapi suasana ini sangat indah. Ini adalah aktiviti yang menarik untuk mengisi pagi Ahad. Hanya datang ke sini untuk menikmati muzik,” ujar petugas terapi, Andres Mellado, 41.
Acara yang dimulakan sebagai aktiviti santai pertemuan antara teman-teman kini telah menjadi acara lazim setiap pagi Ahad.
Salah satu lokasi penganjuran yang diberi nama Tribu Silent Disco itu adalah di tapak Magic Fountain di kejiranan Montjuic.
“Kami bertanya pada diri sendiri, apakah cara untuk mengembalikan keseronokan menari, dan kenapa terlalu banyak kekangan? Maka, kami dapat ilham untuk membawa acara ini ke kawasan terbuka dan dengan menggunakan fon kepala.
"Awalnya, kami memberitahu teman-teman dan kenalan dan kemudiannya lebih ramai yang menyertainya kerana kami melangsungkannya di kawasan terbuka yang luas, serta tidak mengganggu sesiapa. Kami juga menjaga jarak antara satu sama lain,” ujar pengasas bersama disko senyap itu, Xaxi Panella.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Agensi
Sun Mar 28 2021
Acara yang dimulakan sebagai aktiviti santai pertemuan antara teman-teman kini telah menjadi acara lazim setiap pagi Ahad. - Reuters
Anggota polis dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama rakan di tali air
Seorang anggota polis berpangkat koperal dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan air deras semasa mandi-manda bersama rakan-rakannya di tali air.
AWANI Ringkas: Hilang di laut | Kapal layar tersadai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 22 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Disember 2024
1️⃣ Dua lelaki ditemui selamat selepas 5 hari
2️⃣ Kapal layar milik warga Rusia tersadai di Sarawak
3️⃣ Peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat India
#awaniringkas
1️⃣ Dua lelaki ditemui selamat selepas 5 hari
2️⃣ Kapal layar milik warga Rusia tersadai di Sarawak
3️⃣ Peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat India
#awaniringkas
Steven Sim bantu tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta
Keperitan tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas ditipu tuan rumah, mendapat perhatian Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.
AWANI 7:45 [22/12/2024] - Hampir 1,000 letak jawatan tahun 2023 | Seludup ke Eropah | Anjing serang kucing | Ribut ketika tidur
Lebih 4,000 doktor kontrak letak jawatan, tempoh tujuh tahun.
Sindiket dadah Thailand jadikan Malaysia sebagai transit.
Polis semak CCTV, serangan anjing liar punca kucing mati di Universiti Malaya.
Ribut landa Sabah, lebih 100 rumah rosak teruk di Semporna.
Sindiket dadah Thailand jadikan Malaysia sebagai transit.
Polis semak CCTV, serangan anjing liar punca kucing mati di Universiti Malaya.
Ribut landa Sabah, lebih 100 rumah rosak teruk di Semporna.
AWANI Global: ASEAN 2025 | Kesiapsiagaan Dan Agenda Kerjasama Serantau
Diskusi dan analisis mengenai kesiapsiagaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, agenda keterangkuman dan kelestarian kerjasama serantau dalam AWANI Global 9 malam ini.
Pulau Pinang salur RM70,000-RM80,000 kepada SJKT tingkat kemudahan asas
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Pulau Pinang menerima peruntukan antara RM70,000 hingga RM80,000 setahun bagi menambah baik kemudahan asas.
Kerajaan Perpaduan boleh menang PRU, jika utamakan kesetiaan
Kerajaan Perpaduan berpeluang untuk terus mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16, jika aspek kesetiaan pada parti dan usaha menyatuni rakyat terus diberikan keutamaan.
Pasukan Jepun lancar penyelidikan bolehkan manusia tinggal di Bulan
Universiti Kyoto dan Kajima Corp. menyasarkan untuk membina prototaip berasaskan tanah bagi "Neo Lunar Glass", struktur paraboloid yang menjana graviti melalui putaran, menjelang 2030-an.
Personaliti Astro AWANI Nabilah Khaleeda sah bergelar isteri Mohamed Amirul
Berkongsi kisah perkenalan pasangan mempelai itu, Nabilah, 27, berkata perkenalan pertama adalah di zaman persekolahan pada awal 2010.
Kumpulan raver Barcelona nikmati muzik acara disko senyap, tetap jaga penjarakan fizikal
Para penggemar muzik itu menyambut hari pertama musim bunga dengan memakai set fon kepala seterusnya memulakan aksi gerak tari masing-masing.