BARCELONA: Ramtiniwaiti Ramlee, 38, tidak pernah bermimpi bahawa suatu hari nanti kain songket yang ditenun beliau dari kampung halamannya di Gedong, sebuah bandar kecil di Sarawak, boleh membawanya mengembara ke seluruh dunia.
Beliau yang mula membuat fabrik tenunan tangan tradisional Malaysia pada usia 20-an, kini berada di Barcelona, Sepanyol untuk mewakili negara dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi), inisiatif yang membantu membentuk perniagaan songketnya begitu maju sehingga kini.
Usahawan Nadi yang memenangi anugerah itu berkata beliau terkejut, namun bangga apabila mendapat jemputan daripada Nadi untuk mewakili negara di ibu kota wilayah Catalonia, dan menganggap ia benar-benar amat bermakna dalam dunia beliau dan songketnya.
"Sebelum ini saya dapat anugerah usahawan Nadi terbaik Sarawak, lepas itu saya dijemput mengikuti program di sini. Saya rasa amat terharu dan berterima kasih kepada Nadi di bawah MCMC kerana memberi peluang mengembangkan lagi produk saya di Barcelona, membantu usahawan macam saya," katanya.
Beliau ditemui Bernama di gerai Nadi di Pavilion Malaysia pada Mobile World Congress Barcelona 2024 (MWC2024) di sini.
Songket yang digelar 'Ratu Kain' dalam tenunan Melayu itu ditenun menggunakan 'kek', yakni alat tenun lantai dua pedal tradisional. Produk akhir adalah fabrik halus hasil daripada tenunan mahir selama berbulan-bulan oleh pakar.
Fabrik tenunan tradisional itu juga disenaraikan di bawah Senarai Warisan Budaya Tak Ketara bagi Kemanusiaan, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang merupakan pengiktirafan tertinggi di dunia untuk warisan budaya tidak ketara.
Mengimbas kembali zaman awal tenunannya, Ramtiniwaiti berkata perniagaannya bermula dengan hanya sekumpulan kecil rakan dan komuniti di sekitar rumahnya.
Ketika itulah beliau bertemu dengan Nadi, dan perniagaannya mulai berkembang, dan terus berkembang dengan dengan lebih luas.
"Saya belajar pembuatan songket dari tahun 2006, kemudian saya cari pengalaman mengenai kemahiran tenunan. Bermula sekitar tahun 2014 baru saya mula buat sendiri (jual).
"Selepas saya 'berkenalan' dengan Nadi kira-kira tahun 2018, saya mula aktif secara besar-besaran, dan dari 2019 kami mula berjumpa lebih kerap, berbincang bagaimana nak tahu pasaran, dan saya ikut beberapa latihan yang dibuat Nadi masa itu," katanya.
Sebelum berjumpa dengan Nadi, Ramtiniwaiti yang memiliki Seri Gedong Songket menjual produk-produknya di Gedong, Serian dan Kuching, dengan pendapatan bulanan bawah RM8,000 disebabkan pasaran yang terhad.
"Bagaimanapun selepas kenal dengan Nadi saya mula nampak kita dapat buat banyak lagi produk. Sekarang ini saya boleh jana hampir RM20,000 sebulan untuk jualan.
"Sekarang saya dah ada pekerja sendiri seramai 15 orang, dan saya juga bantu komuniti untuk ambil upah dalam pembuatan songket," katanya dan menambah jualannya kini bukan hanya telah sampai ke Semenanjung Malaysia, tapi juga hingga ke luar negara termasuk Singapura, London dan Kanada.
Dalam menyampaikan penghargaan kepada Nadi dan MCMC, beliau menyuarakan harapan agar kehadirannya di MWC 2024 dapat membantu memberitahu kepda dunia, bagaimana Malaysia telah membantu usahawan seperti beliau menerusi program seperti Nadi.
"Di masa hadapan.. saya juga berharap agar dapat pasarkan produk saya ke seluruh negara dan juga setiap negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024
Ramtiniwaiti kini berada di Barcelona, Sepanyol untuk mewakili negara dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi), inisiatif yang membantu membentuk perniagaan songketnya begitu maju sehingga kini. - Bernama
AWANI Ringkas: Hilang di laut | Kapal layar tersadai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 22 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Disember 2024
1️⃣ Dua lelaki ditemui selamat selepas 5 hari
2️⃣ Kapal layar milik warga Rusia tersadai di Sarawak
3️⃣ Peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat India
#awaniringkas
1️⃣ Dua lelaki ditemui selamat selepas 5 hari
2️⃣ Kapal layar milik warga Rusia tersadai di Sarawak
3️⃣ Peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat India
#awaniringkas
Steven Sim bantu tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta
Keperitan tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas ditipu tuan rumah, mendapat perhatian Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.
AWANI 7:45 [22/12/2024] - Hampir 1,000 letak jawatan tahun 2023 | Seludup ke Eropah | Anjing serang kucing | Ribut ketika tidur
Lebih 4,000 doktor kontrak letak jawatan, tempoh tujuh tahun.
Sindiket dadah Thailand jadikan Malaysia sebagai transit.
Polis semak CCTV, serangan anjing liar punca kucing mati di Universiti Malaya.
Ribut landa Sabah, lebih 100 rumah rosak teruk di Semporna.
Sindiket dadah Thailand jadikan Malaysia sebagai transit.
Polis semak CCTV, serangan anjing liar punca kucing mati di Universiti Malaya.
Ribut landa Sabah, lebih 100 rumah rosak teruk di Semporna.
AWANI Global: ASEAN 2025 | Kesiapsiagaan Dan Agenda Kerjasama Serantau
Diskusi dan analisis mengenai kesiapsiagaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, agenda keterangkuman dan kelestarian kerjasama serantau dalam AWANI Global 9 malam ini.
Pulau Pinang salur RM70,000-RM80,000 kepada SJKT tingkat kemudahan asas
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Pulau Pinang menerima peruntukan antara RM70,000 hingga RM80,000 setahun bagi menambah baik kemudahan asas.
Kerajaan Perpaduan boleh menang PRU, jika utamakan kesetiaan
Kerajaan Perpaduan berpeluang untuk terus mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16, jika aspek kesetiaan pada parti dan usaha menyatuni rakyat terus diberikan keutamaan.
Pasukan Jepun lancar penyelidikan bolehkan manusia tinggal di Bulan
Universiti Kyoto dan Kajima Corp. menyasarkan untuk membina prototaip berasaskan tanah bagi "Neo Lunar Glass", struktur paraboloid yang menjana graviti melalui putaran, menjelang 2030-an.
Personaliti Astro AWANI Nabilah Khaleeda sah bergelar isteri Mohamed Amirul
Berkongsi kisah perkenalan pasangan mempelai itu, Nabilah, 27, berkata perkenalan pertama adalah di zaman persekolahan pada awal 2010.
[TERKINI] Jepun lancar penyelidikan untuk manusia tinggal di bulan
Universiti Jepun dan syarikat pembinaan bekerjasama dalam penyelidikan untuk menjana graviti buatan membolehkan orang ramai hidup di bulan dalam keadaan sama di bumi.
Penenun dari Sarawak tidak sangka dapat ke Barcelona dengan songket tenunannya
Ramtiniwaiti Ramlee, 38, bangga apabila mendapat jemputan daripada Nadi untuk mewakili negara di ibu kota wilayah Catalonia.