Beliau berkata penurunan itu disebabkan oleh ketidaktentuan akibat daripada ketegangan geopopolitik di Timur Tengah dan prestasi ekonomi China yang lemah.
“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dihadkan oleh kenaikan harga minyak mentah. Sentimen pasaran juga disokong oleh gangguan bekalan disebabkan oleh keadaan cuaca buruk di Thailand dan Malaysia,” katanya kepada Bernama.
Harga minyak melonjak pada Isnin apabila peningkatan ketegangan di Timur Tengah susulan penggulingan Presiden Syria Bashar al-Assad oleh kumpulan pemberontak mengimbangi kebimbangan terhadap permintaan lemah dari China.
“Saudi Aramco, pengeksport minyak mentah terbesar dunia mengurangkan harga Januari 2025 bagi pembeli Asia ke paras terendah sejak awal 2021 dengan menyatakan permintaan lemah daripada pengimport utama China telah menjejaskan pasaran," katanya.
Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) susut sebanyak 15.5 sen kepada 921.0 sen sekilogram manakala lateks pukal naik sebanyak 3.5 sen kepada 691.0 sen.
Pada 5 petang, SMR 20 berada pada 916.5 sen sekilogram dan lateks pukal pada 695.0 sen sekilogram.
-- BERNAMA