Beliau berkata pemain pasaran juga dilihat bertindak balas terhadap kemungkinan pengurangan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) berdasarkan data ekonomi terkini.
"Namun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh kenaikan harga minyak mentah penanda aras dan ringgit yang lebih lemah berbanding dolar AS, di tengah-tengah gangguan bekalan akibat keadaan cuaca buruk di negara pengeluar getah asli utama," katanya kepada Bernama.
Sentimen pasaran turut dipacu oleh keyakinan mengenai rangsangan tambahan oleh kerajaan di seluruh dunia untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, kata peniaga itu.
Beliau berkata aktiviti kilang di Asia, Eropah dan AS pada penghujung 2024 perlahan kerana risiko perdagangan berikutan pentadbiran kedua Presiden Trump dan pemulihan ekonomi China yang perlahan melemahkan jangkaan untuk tahun baharu.
"Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan (PMI) AS melaporkan sedikit penguncupan pada 49.4, mencerminkan penurunan kecil dalam sektor itu," katanya.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) turun 12.5 sen kepada 867 sen sekilogram, manakala lateks pukal merosot lima sen kepada 689 sen sekilogram.
-- BERNAMA