ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.

1. Banjir Sarawak: Parlimen Sibuti rekod banjir terburuk dalam sejarah - Lukanisman

Jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak menunjukkan penurunan, namun terdapat beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air, berikutan fenomena air pasang besar, yang bertembung dengan banjir termenung.

2. Cadangan penutupan jalan secara kekal di Banda Hilir masih di peringkat kajian

Cadangan penutupan jalan secara kekal di kawasan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir di sini, masih di peringkat kajian.

3. Sarawak antara lima negeri teratas prestasi ekonomi terbaik - Abang Johari

Sarawak berada dalam kelompok lima negeri teratas di Malaysia dari segi prestasi ekonomi pada tahun lepas, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

4. Ops Sky: Selebriti, ikon tempatan dalam radar SPRM

SPRM) akan memanggil beberapa selebriti dan artis tempatan dikenal pasti mempromosikan perkhidmatan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky untuk memberikan keterangan tidak lama lagi.

5. Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksanakan secara berfasa - KSN

Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari lepas secara berfasa.

6. AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara - Menteri Dalam Negeri

Pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara selain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) iaitu di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.

7. AKPS agensi tunggal selaras operasi di pintu masuk negara

AKPS) yang dilancarkan hari ini, berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan, menyatukan kepakaran dan sumber dari pelbagai jabatan kerajaan untuk menyelaraskan operasi di semua pintu masuk negara.

8. Buaya di Pantai Cermin Port Dickson, Perhilitan nasihat pengunjung berhati-hati

Perhilitan Negeri Sembilan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti di Pantai Cermin di sini berikutan terdapat penampakan buaya di sekitar kawasan itu sejak semalam.

9. ASEAN: PM Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin bincang isu serantau

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Thailand yang juga mempengerusikan kumpulan penasihat tidak formal kepada Pengerusi ASEAN, Thaksin Shinawatra, pada Ahad.

10. Himpunan Benci Rasuah: Dipanggil beri keterangan, mahasiswa dakwa ditekan

Sekumpulan 10 penuntut universiti yang dipanggil memberi keterangan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah pada 25 Januari lepas, menganggap ia adalah intimidasi terhadap perjuangan mereka.