KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) menjangka pertumbuhan perolehannya kekal kukuh pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022 sejajar dengan panduan pasaran kumpulan, iaitu antara pertumbuhan satu digit rendah hingga pertengahan.
Ketua Pegawai Eksekutif TM Group Imri Mokhtar berkata pendapatan sebelum faedah dan cukai (EBIT) kumpulan diunjurkan lebih RM1.80 bilion pada tahun ini, didorong oleh tiga jenis perniagaan TM - unifi, TM ONE dan TM Wholesale.
"Kami menjangka untuk melabur antara 14 dan 18 peratus daripada perolehan kami pada tahun ini dalam perbelanjaan modal (CAPEX), mencerminkan komitmen kami yang berterusan untuk melabur semula dalam bidang pertumbuhan, keupayaan dan pembinaan kapasiti, selain pengalaman pelanggan yang ditingkatkan," katanya pada taklimat media secara maya mengenai prestasi kewangan tahun kewangan 2021 kumpulan itu semalam.
Dalam menggalakkan kemampanan, Imri berkata TM menyelaraskan visi dan komitmen ESG (Alam Sekitar, Sosial, Tadbir Urus) terhadap aspirasi nasional dan global.
Bagi alam sekitar, katanya TM komited untuk mencapai pengurangan pelepasan karbon sebanyak 30 peratus pada 2024, 45 peratus menjelang 2030 dan pelepasan sifar bersih menjelang 2050.
"Mengenai sosial, TM bersedia untuk menjayakan sasaran Rangka Tindakan MyDIGITAL 2025 dengan memastikan sekurang-kurangnya 70 peratus daripada premis mempunyai akses kepada Internet berkelajuan tinggi," katanya.
Di bawah tadbir urus, katanya TM bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk terus memperkasakan toleransi sifar mereka terhadap sebarang bentuk rasuah dan mengekalkan standard tadbir urus korporat yang tertinggi.
"Pada tahun ini, kami akan terus memperkasakan negara digital, dengan menyampaikan Kecemerlangan dalam Kesalinghubungan, Penyelesaian dan Pengalaman Pelanggan yang baik.
"Ini dapat direalisasikan dengan sokongan yang berterusan daripada enjin pelaksanaan terasnya; pekerja atau "Warga TM" yang berdedikasi sepenuhnya dan komited untuk menjayakan Digital Malaysia, merapatkan jurang digital dan dalam langkah, mengurangkan jurang pendapatan," katanya.
Dalam usaha untuk mengukuhkan kesalinghubungan terasnya dan melabur lebih banyak dalam digital, Imri berkata TM mempersiapkan organisasi dengan kemahiran sedia masa depan dan tenaga kerja digital, sebagai sebahagian daripada aspirasinya untuk menjadi sebuah syarikat teknologi berteraskan manusia.
"Sebagai peneraju Digital Malaysia, TM kekal teguh dalam usahanya untuk merealisasikan aspirasi digital negara. Kami komited untuk menyokong usaha kerajaan dalam membina semula ekonomi selepas pandemik.
"Pada 2021, TM telah menunjukkan keputusan yang positif, didorong oleh Program Transformasi TM Baharu yang telah memberikan pertumbuhan secara keseluruhan dalam perolehan dan EBIT TM. Rasionalisasi kos turut meningkatkan keuntungan kumpulan dengan ketara," katanya.
Memandangkan TM memasuki tahun kedua transformasinya pada 2022, Imri berkata kumpulan mengaktifkan lebih banyak program untuk memastikan TM cepat bergerak ke hadapan sebagai syarikat pertumbuhan, dan sejajar dengan trajektorinya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 25 2022
![TM jangka pertumbuhan perolehan kekal kukuh pada tahun kewangan 2022 TM jangka pertumbuhan perolehan kekal kukuh pada tahun kewangan 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-03/71456909883_MenaraTM.jpg)
TM komited untuk mencapai pengurangan pelepasan karbon sebanyak 30 peratus pada 2024, 45 peratus menjelang 2030 dan pelepasan sifar bersih menjelang 2050. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [16 Julai 2024]
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 16 Julai 2024 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
1. Perkembangan kes bunuh Nur Farah Kartini
2. Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake'
3. Pindaan Akta Antilompat Parti perlu dikaji secara teliti
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
1. Perkembangan kes bunuh Nur Farah Kartini
2. Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake'
3. Pindaan Akta Antilompat Parti perlu dikaji secara teliti
![Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713155982_KementerianPeraliha.jpg)
Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA
Sehingga Dis 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang dicapai adalah 5.9 peratus atau 8,667 GWj, bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
![Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721052525_Fujianconvention.jpg)
Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar
Penganjuran Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 akan meningkatkan pemahaman pertukaran budaya dalam kalangan masyarakat Fujian dari luar negara.
![Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721087087_AgendaAWANI.jpg)
Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Manimaran berkata, Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Jenayah: Suspek dikait penemuan mayat Nur Farah Kartini direman hari ini
Seorang penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tahun, akan direman, pada pagi, hari ini.
![Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635915618_economylaptop.jpg)
Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan
Menurut MOF, defisit fiskal pada 2024 diunjur untuk terus berkurang kepada 4.3 peratus KDNK iaitu RM85.4 bilion.
Negara jimat RM10.5 bilion pelan tindakan kecekapan tenaga
Sehingga kini Negara berjaya melakukan Penjimatan tenaga kumulatif dalam tempoh pelaksanaan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (NEEAP) sebanyak 39,382 Gigawatt jam (GWj) bersamaan dengan RM10.5 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Peralihan tenaga, pelaburan hijau tingkat daya saing - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan, teratur dan sistematik amat perlu bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
![E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616250988_PKS.jpg)
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Parlimen: Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan hari ini
Cadangan kemasukan tenaga pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura ke negara ini antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
![Kerjasama dengan Singtel kukuh kedudukan TM sebagai peneraju pusat data di Malaysia - TA Securities Kerjasama dengan Singtel kukuh kedudukan TM sebagai peneraju pusat data di Malaysia - TA Securities](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718776092_LOGO.jpg)
Kerjasama dengan Singtel kukuh kedudukan TM sebagai peneraju pusat data di Malaysia - TA Securities
Katanya, sehingga kini TM memiliki tujuh pusat data di seluruh Malaysia dan menerusi kerjasama itu, kumpulan itu boleh memanfaatkan kepakaran Nxera bagi membangunkan pusat data terkini.
![TM untung bersih RM1.87 bilion pada 2023, melonjak 63.6 peratus TM untung bersih RM1.87 bilion pada 2023, melonjak 63.6 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708740418_TMTelekomMalaysia.jpg)
TM untung bersih RM1.87 bilion pada 2023, melonjak 63.6 peratus
Hasil TM catat peningkatan kepada RM12.26 bilion pada 2023 berbanding RM12.1 tahun sebelumnya, didorong prestasi kukuh Unifi dan TM Global.
![Lima individu disyaki curi kabel TM ditahan Lima individu disyaki curi kabel TM ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649247488_TBGARI.jpg)
Lima individu disyaki curi kabel TM ditahan
Polis menahan tiga lelaki dan dua wanita selepas disyaki mencuri kabel milik TM dianggarkan bernilai RM8,500 di Sungai Rambai, Jasin.
![#OwnTheNight Live Unstoppable dengan UNI5G semarak potensi waktu malam anak muda #OwnTheNight Live Unstoppable dengan UNI5G semarak potensi waktu malam anak muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694703578_UnifiUNIGTM.jpg)
#OwnTheNight Live Unstoppable dengan UNI5G semarak potensi waktu malam anak muda
Seiring dengan pelancaran Pas Larut Malam Tanpa Had yang menyediakan data 4G5G dari 2 pagi hingga 8 pagi hanya pada RM3.
![TM tawar produk lebih berdaya saing, sokong inisiatif kerajaan TM tawar produk lebih berdaya saing, sokong inisiatif kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-03/71456909883_MenaraTM.jpg)
TM tawar produk lebih berdaya saing, sokong inisiatif kerajaan
Tawaran itu bertujuan untuk menambah nilai kepada pengguna seperti menambah lebih banyak kandungan untuk pelanggan.
![TM, YTL sedia meterai perjanjian untuk langgan saham DNB - Tengku Zafrul TM, YTL sedia meterai perjanjian untuk langgan saham DNB - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662125937_TengkuZafrul.jpg)
TM, YTL sedia meterai perjanjian untuk langgan saham DNB - Tengku Zafrul
TM dan YES telah persetujuan daripada ahli Lembaga Pengarah mereka dan bersedia menandatangani perjanjian untuk melanggan saham Digital Nasional Bhd (DNB) bagi pelaksanaan 5G di Malaysia.
![Felda urus resort milik TM Felda urus resort milik TM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51659050056_Felda.jpg)
Felda urus resort milik TM
Perkembangan tersebut sekali gus meluaskan lagi pegangan Felda dalam industri perhotelan di negara ini.
![Permintaan kukuh untuk suara, internet dan multimedia lonjak untung bersih S1 TM kepada RM339.85 juta Permintaan kukuh untuk suara, internet dan multimedia lonjak untung bersih S1 TM kepada RM339.85 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-03/71456909883_MenaraTM.jpg)
Permintaan kukuh untuk suara, internet dan multimedia lonjak untung bersih S1 TM kepada RM339.85 juta
Permintaan kukuh untuk suara, internet dan multimedia diterjemahkan kepada peningkatan 2.9 peratus.
![Kontraktor Pan Borneo didenda RM80,000 rosakkan kabel TM Kontraktor Pan Borneo didenda RM80,000 rosakkan kabel TM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649433798_TBCourtHammer.jpg)
Kontraktor Pan Borneo didenda RM80,000 rosakkan kabel TM
Hakim mengenakan denda sebanyak RM20,000 bagi setiap kesalahan yang dilakukan syarikat itu di empat lokasi, tarikh dan masa berbeza pada 2017.
![Perluasan rangkaian fiber liputi 5.9 juta premis setakat suku pertama 2022 - TM Perluasan rangkaian fiber liputi 5.9 juta premis setakat suku pertama 2022 - TM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-03/71456909883_MenaraTM.jpg)
Perluasan rangkaian fiber liputi 5.9 juta premis setakat suku pertama 2022 - TM
TM turut menyasarkan pengguna Streamyx sedia ada yang kebanyakannya menggunakan teknologi tembaga dengan lebih banyak batasan.