BINTULU: Sebuah syarikat pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo, Pekerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas syarikat itu mengaku bersalah atas empat pertuduhan merosakkan kabel gentian optik bawah tanah milik Telekom Malaysia Berhad (TM).
Hakim Syarifuddin Abdul Rasa mengenakan denda sebanyak RM20,000 bagi setiap kesalahan yang dilakukan syarikat itu di empat lokasi, tarikh dan masa berbeza pada 2017.
Bagi pertuduhan pertama Pekerjaan Piasau Konkerit mengaku bersalah merosakkan kabel gentian optik bawah tanah 48 teras di lokasi 14.4km dari Stesen TM Batu 34 menuju Stesen TM TT844 dalam daerah Bintulu pada lebih kurang 2 petang, 24 Jun 2017.
Syarikat itu juga mengaku bersalah merosakkan kabel TM di lokasi tujuh kilometer dari Stesen TM TT844 menuju Stesen TM Batu 34 pada lebih kurang 5.25 petang, 29 Jun 2017, merosakkan kabel TM lokasi 42.6km dari Stesen TM Batu 34 menuju Stesen TM TT844 pada lebih kurang 9 pagi, 3 Julai 2017 dan merosakan kabel TM di lokasi 8.05km dari Stesen TM TT844 menuju ke Stesen TM Batu 34 pada 8 malam, 25 Nov 2017.
Syarikat berkenaan didakwa mengikut Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM300,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Syarikat berkenaan diwakili peguam Gurvir Singh manakala pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Mai Zairani Zainal Abidin dan Cik Nur Nazhzilah Mohammad Hashim.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022
![Kontraktor Pan Borneo didenda RM80,000 rosakkan kabel TM Kontraktor Pan Borneo didenda RM80,000 rosakkan kabel TM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649433798_TBCourtHammer.jpg)
Hakim mengenakan denda sebanyak RM20,000 bagi setiap kesalahan yang dilakukan syarikat itu di empat lokasi, tarikh dan masa berbeza pada 2017. - Gambar hiasan
![Kim Pan-gon letak jawatan? Kim Pan-gon letak jawatan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721096727_RoyalOmanPolice.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
![Kontraktor Pan Borneo didenda RM80,000 rosakkan kabel TM Kontraktor Pan Borneo didenda RM80,000 rosakkan kabel TM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649433798_TBCourtHammer.jpg)
Kontraktor Pan Borneo didenda RM80,000 rosakkan kabel TM
Hakim mengenakan denda sebanyak RM20,000 bagi setiap kesalahan yang dilakukan syarikat itu di empat lokasi, tarikh dan masa berbeza pada 2017.