KUALA LUMPUR: Pelaksanaan invois elektronik (e-invois), dijadualkan bermula bulan depan, dibimbangi akan memberi tekanan kepada syarikat kecil khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA), Datuk William Ng berkata, isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
“Kalau sebuah kedai jual baju sebelum ini ada seorang juruwang dalam satu shif, tapi dengan e-invois, dia perlu masukkan data pelanggan dan kalau pelanggan minta invois dia perlu ambil masa buat invois pula.
“Daripada satu juruwang, mungkin sekarang perlukan dua orang. Itu kos yang tak dapat dielakkan walaupun kerajaan bagi potongan cukai dan sebagainya.
“Jadi isunya adalah kos tambahan, daripada seorang kena naikkan dua atau tiga pekerja. Gaji siapa nak bayar, kerajaan atau syarikat?
“Hakikatnya e-invois ini, walaupun dapat kurangkan kos kepada kerajaan tapi ada kenaikan kos pada perniagaan,” katanya dalam program Agenda AWANI, pada Isnin.
Sementara itu, penganalisis ekonomi UNIKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, jika kerajaan berjaya melaksanakannya, ia akan memberi kesan yang baik terutama dalam aspek ketelusan, selain memberi gambaran ekonomi yang lebih jelas.
Malah ia juga akan membantu kerajaan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi usahawan dan perniagaan, sekali gus memberi bantuan yang lebih efektif mengikut keperluan.
“Sebagai contoh, apa sumber yang diperlukan oleh industri, adakah insentif atau adakah ia tepat?
“Apatah lagi setiap industri memerlukan pelaburan pelaburan langsung asing (FDI) dan Integrasi Pembangunan Ekonomi (EDI).
“Bila sebut tentang FDI atau EDI, jika berjaya dilaksanakan pasti akan beri satu bentuk penarafan, dengan adanya data yang lebih tepat ia boleh dimanfaatkan dengan lebih cepat dan tepat dan kerajaan dapat hubungkan serta posisikan PMKS dalam rantaian bekalan FDI,” ujarnya.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan 4,000 syarikat berpendapatan lebih RM100 juta disasarkan menjadi kumpulan pertama terlibat dalam pelaksanaan e-invois bermula 1 Ogos 2024.
Syarikat dengan hasil tahunan atau jualan melebihi RM25 juta dan sehingga RM100 juta akan mula menggunakan e-invois pada 1 Jan 2025.
Penguatkuasaan penuh sistem e-invois akan dilaksanakan pada 1 Julai 2025.
Madiha Abdullah
Mon Jul 15 2024

Syarikat dengan hasil tahunan atau jualan melebihi RM25 juta dan sehingga RM100 juta akan mula menggunakan e-invois pada 1 Jan 2025. - Gambar hiasan/Astro AWANI

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

LHDN terima 114 juta rekod e-invois setakat 26 Dis
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 114 juta e-invois daripada 9,000 pembayar cukai setakat semalam.

E-Invois: LHDN pastikan semua data selamat, terpelihara
Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata, LHDN memperuntukkan dana yang besar dalam membangunkan sistem itu.

LHDN bangunkan portal MyInvois mudahkan pelaksanaan e-invois pembayar cukai
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) membangunkan Portal MyInvois sebagai mekanisme penghantaran e-Invois secara percuma bagi memudahkan pelaksanaan e-Invois kepada semua pembayar cukai.

Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.

E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.

MITI jangka pelaksanaan e-invois tidak jejas jualan kenderaan tahun ini
MITI menjangka pelaksanaan e-invois yang dijadualkan bermula secara berperingkat pada Ogos depan tidak akan memberi impak kepada jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) pada tahun ini.

Persekitaran produksi sistem MyInvois dibuka mulai hari ini - LHDN
LHDN memaklumkan ia menunjukkan kemajuan terkini ke arah pelaksanaan mandatori e-Invois yang akan bermula pada 1 Ogos depan.

E-invois, TIN tangani ketirisan hasil, kurangkan saiz ekonomi bayangan - Ahmad Maslan
Kerajaan mengambil inisiatif dengan memperkenalkan nombor pengenalan cukai (TIN) dan e-invois untuk mengatasi ketirisan hasil dan mengurangkan saiz ekonomi bayangan di Malaysia.

Belanjawan 2024: Kerajaan setuju kuat kuasa e-invois secara mandatori
Kerajaan bersetuju menguatkuasakan e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024.

E-invois akan dilaksanakan pada separuh pertama 2024 - LHDN
E-invois akan menyelaras dan meningkatkan sistem percukaian negara, menggalakkan ketelusan dan memberikan penilaian risiko pematuhan yang lebih tepat.