Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayar cukai mengikut kategori pendapatan selainnya akan dibuat secara berfasa dengan sasaran pelaksanaan menyeluruh mulai 1 Julai 2025.
"Terkait pelaksanaan e-invois oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), Kerajaan mengambil kira maklum balas yang diterima dan bagi memberikan cukup masa kepada pembayar cukai
"Maka kerajaan bersetuju menguatkuasakan e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan memberitahu, Nombor Pengenalan Cukai (TIN) juga akan diperluas penggunaannya untuk menyokong pelaksanaan e-invois.
"Ini dapat melebarkan lagi jaringan pembayar cukai susulan pematuhan cukai secara sukarela yang seterusnya mengurangkan ketirisan hasil," ujarnya.